in

Lantai Tiba-tiba Pecah, Sekumpulan Penari Tarian Singa Terjatuh Ke Dalam ‘Sinkhole’

syaz ft 2025 02 07T111752.463

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tidak berbau apabila sekumpulan belia yang membuat persembahan tarian singa untuk sambutan Tahun Baharu Cina terjatuh ke dalam lubang besar selepas lantai koridor kedai di Jalan Bunga, Tuaran, Sabah runtuh.

Dalam kejadian pada hari Rabu kira-kira jam 11 pagi itu, tiga orang penari tarian singa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Artikel berkaitan: Lelaki Mudah Terhibur, Lakukan Aksi Tarian Singa Dirumah Buat Netizen Berdekah

Artikel berkaitan: “Kompang, tarian singa, gendang” –  Pengantin Melayu Bersanding, Meriah Dengan Sambutan Dari 3 Bangsa

Difahamkan, tiga individu itu ditarik keluar dari lubang sedalam hampir satu meter itu oleh rakan sepasukan mereka.

lobang 1738762083

Rayner Ebi, 45,  yang merupakan penduduk tempatan berkata, kejadian tidak dijangka itu mengejutkan orang ramai yang sedang menyaksikan persembahan tarian singa.

“Nasib baik, tiada seorang pun daripada penghibur tarian singa itu cedera, dan mereka berjaya ditarik keluar dari lubang benam oleh rakan sepasukan mereka.

Insiden ini adalah peringatan jelas tentang kepentingan penyelenggaraan segera infrastruktur asas di bandar ini oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Rayner yang juga pegawai di pusat khidmat anggota parlimen Tuaran, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima berita mengenai kejadian itu.

Dalam pada itu dia menggesa pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Daerah Tuaran mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan pejalan kaki terjamin.

Sumber: New Straits Times

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.