Beberapa hari lalu, menu BTS Meal sudah pun mula dijual secara rasmi di Indonesia. Untuk rekod, menu kolaborasi antara McDonald’s dan BTS ini didatangkan dengan nuget, kentang goreng, sos cajun, sos cili manis dan air.
Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh ARMY untuk meraikan menu istimewa ini. Ada yang menyimpan bungkusan dengan rapi di dalam bingkai gambar, dan ada juga yang mengisar kesemua makanan menu BTS Meal untuk dijadikan aiskrim.
Namun, lain pula kisah yang terjadi buat seorang gadis Indonesia yang dikenali sebagai Uwi Anissa ini. Anissa ada memuat naik satu video TikTok berkenaan cawan BTS Meal miliknya yang dijadikan sebagai bekas cacing umpan oleh ayahnya.
Dalam video tersebut, suara gadis ini sedikit terkilan dan terkejut melihatkan cawan BTS Meal miliknya telah dipenuhi dengan tanah dan cacing. Jelasnya, dia sudah beratur berjam-jam untuk menu tersebut.
“Liat aja, buat cacing noh. Gila gua tuh ngantrinya lama banget terus dipake buat ngambil cacing doong”, ujar gadis ini.
@uwianissa mao nangis 🥺🥺🥺😭😭😭😭😭 yallah bapak guaa mao mancing ikan kenapa harus pake itu si😭😭😭 #bts #xyzbca #mcdxbts
Video ini tular dan mendapat reaksi lucu netizen yang rata-ratanya terhibur dengan telatah dua anak-beranak ini. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudah pun mencecah 4.2 juta jumlah tontonan.
Bagaimanapun, gadis ini tidak sama sekali memarahi ayahnya hanya disebabkan isu ini. Dia ada memuat naik video baru bersama ayahnya dan berseloroh agar cacing tersebut berubah menjadi ahli BTS.
https://www.tiktok.com/@uwianissa/video/6971768672889113857?referer_url=https%3A%2F%2Fworldofbuzz.com%2F&referer_video_id=6971723969330220290&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Kredit: Suara
BACA: Mahukan Kelainan, TikToker Indonesia Ini ‘Blend’ 40 BTS Meal & Jadikan Aiskrim