Siapa kat sini yang gunakan handphone dengan screen protector yang dah crack? Haa ni min nak ingatkan, hati-hati korang sebab perkara ni boleh mengundang bahaya.
Menerusi perkongsian di Facebook, mangsa yang malang bernama Azuan Iqbal ni katanya terkena infection di bahagian jari. Ibu jarinya tak pasal-pasal membengkak dan bernanah sampai doktor kena buat operation.
Nak tahu sebab apa? Ni gara-gara dia ralit main phone yang screen protectornya dah retak!
“Pergi klinik berkali-kali pun tak baik-baik gak. Puncanya…”
Menurut posting tersebut, Azuan ni tak sangka jarinya boleh kena infection sehingga bengkak dan bernanah. Puncanya sebab kaca screen protector tu dah termasuk dalam jari masa dia ralit main game di handphone. Duhhh scary!
“Puncanya sikit je… tapi kesannya kekal hingga akhir hayat. Peringatan kalau screen protector dah crack terus la gi tukar”
Apa-apapun beringatlah korang kat luar sana tu ye. Kalau screen protector tu dah pecah, jangan ditunggu-tunggu, ganti je yang baru. Kalau tak mampu, cabut yang lama tu. Biar screen togel tak ada protector. Safety number one tau!