in

“Lain benor mukanya…” – Difitnah Ada Gambar Mesra Dengan Mat Sabu, Isteri DDNK Buat Laporan Polis

ddnk mat sabu 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja mendirikan rumah tangga, isteri pakar pelaburan Datuk Dr. Nazri Khan (DDNK), Datin Tuan Nor Ernie Rossmerie  kini didatangi dengan khabar angin yang tidak menyenangkan.

Nor Ernie menerusi laman Instagram miliknya mendakwa telah difitnah oleh beberapa individu di laman Facebook yang menyatakan dirinya ada bergambar mesra dengan ahli politik YB Muhammad Sabu.


msddnk

Sudah pastinya, Nor Ernie amat kecewa dengan berita palsu yang telah tersebar itu, susulan perkara tersebut dia bersama suaminya telah membuat laporan polis kerana perkara itu telah membuatkan nama baiknya tercalar.

https://www.instagram.com/p/Ci4fqsSJao4/

“Siapa lagi yang menyebar fitnah akan diambil tindakan oleh saya dan DDNK”

Pun begitu, susulan laporan polis yang dibuat dua individu telah tampil dan mengeluarkan permohonan maaf melalui Facebook milik mereka dan Nor Ernie sendiri telah memuat naik kenyataan tersebut dalam Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/Ci6vGYWpqEb/

Dalam ruangan komen, banyak kata-kata semangat yang diberikan oleh netizen kepada Nor Ernie agar terus kuat dan ramai juga yang memuji tindakannya melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan dia dan suaminya terus difitnah.

cats 24

Jangan fitnah sembarangan ye guys!

Baca: “Siapa bagi kebenaran?”- Pakar Saham Kahwin Dengan Pelajar Di Thailand, Ini Respon Bekas Isteri 

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.