Siapa ingat lagi drama Kampung People di Slot Lestary TV3 yang mendapat perhatian rakyat Malaysia pada tahun lepas?
Berita baik anda, Kampung People musim ke-2 kini dalam proses pembikinan!
Berita ini diumumkan sendiri oleh pengarah merangkap pencipta drama ini, Wan Hasliza Wan Zainuddin di laman Twitter milik beliau.
“Kampung People season 2 is in progress #KampungPeople”
Kampung People season 2 is in progress #KampungPeople pic.twitter.com/3S6m3u2CDD
— wh (@wanhasliza) May 27, 2020
Buat anda yang tidak pernah menonton Kampung People, drama ini mengisahkan Razif dan keluarganya yang terpaksa menukar identiti mereka dan berpindah ke kampung bagi mengelak daripada diburu sekumpulan penjenayah.
Drama ini mendapat pujian para penonton yang terhibur dengan telatah lucu watak-watak yang ditampilkan dan yang paling penting, Kampung People bukanlah sebuah drama cliche seperti yang selalu ditayangkan di TV3.
Agak-agaknya, apa pula kisah mereka sekeluarga selepas ini? I is tak sabar!
BACA: Bosan Duduk Rumah? Ini 8 Filem Terbaik Thailand Pada 2019 Yang Korang Wajib Tonton