Semenjak kes Abang Tesla viral, lagu yang digunakan iaitu Kau Tigakan Cinta nyanyian El Ibnu ini menjadi trending dan dijadikan satu simbolik pada kes-kes main kayu tiga.
Jadi, pastinya ada yang mungkin tertanya-tanya mengenai identiti El Ibnu ini, untuk pengetahuan ramai, komposer dan penyanyi asal lagu tersebut kini lumpuh separuh badan dan berkerusi roda kerana diserang angin ahmar hampir 9 tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Akibat Tak Mampu Bayar Sewa, Budak 11 Tahun Terpaksa Sorong Nenek Sakit Strok Sejauh 20KM
Artikel Berkaitan: Lebih 1,000 Kanak-Kanak Mati Dalam Kereta Sejak 1990, Ini 7 Tips Elak Anak Jadi Mangsa ‘Heatstroke’
3 kali diserang angin ahmar
Menerusi Harian Metro, El Ibnu ini pernah aktif bersama band El Kasih pada tahun 2008, namun amat menyedihkan apabila kegemilangan karier El Ibnu atau nama sebenarnya, Noventino Budi Lesmana hilang sekelip mata selepas mengalami serangan angin ahmar yang pertama pada 2015.
Tambah sumber, serangan angin ahmar teruk itu berlaku semasa berada di Maghribi ketika band El Kasih sepatutnya membuat persembahan di sana. El Ibnu kemudian dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Apabila kembali ke Indonesia, dia meneruskan rawatan tradisional sehingga pulih sampai boleh kembali bekerja semula, namun begitu dia diserang penyakit itu kali kedua pada tahun sama serta lumpuh di bahagian kiri badan.
Lebih menyedihkan, El Ibnu mengalami serangan tersebut buat kali ketiga yang menyebabkan kesan serius pada saraf tubuhnya apabila lumpuh separuh badan dan terpaksa duduk di kerusi roda hingga kini.
Sumber melaporkan bahawa, El Ibnu pernah menganut agama Islam dan kembali berpindah ke agama Kristian selepas ditinggalkan oleh bekas isterinya, Sarah Dee pada tahun lalu mengikut hantaran ditulisnya di Instagram.
Difahamkan, El Ibnu yang kini mempunyai 2 orang anak ini bercerai disebabkan perbezaan agama, bekas isterinya itu beragama Islam dan dia mahu kekal menganut Kristian.
Kini, El Ibnu di bawah penjagaan sebuah gereja dan dikatakan perlahan-lahan bangkit dari kehilangan semangatnya akibat kegagalan perkahwinan untuk meneruskan sisa kehidupan termasuk memerlukan bantuan.
Selain El Ibnu, band El Kasih juga dianggotai El Arief sebagai pemain dram, El Fajar (pemain bass), El Ari (keyboard) dan El Binbin.
Pernah melancarkan mini album Pesan Dari Surga pada 2008, El Kasih memuatkan lagu seperti Pergi Lah Cinta, Lelakiku, Pesan Dari Surga, Sekali, Terakhir, Aku Harus Pergi dan Kau Tigakan Cintaku.
Sumber : Harian Metro