in

Kutip Sampah Pun Kena Boo?

Yb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Kutip Sampah Pun Kena Boo?
Loading
/

Bila dah jadi orang yang dikenali ni, setiap perkara yang dibuat jadi perhatian orang ramai. Sejak-sejak jadi Menteri Belia dan Sukan ni, makin banyak pulak nama Syed Saddiq Syed Abd Rahman dikaitkan dengan benda-benda yang tak elok.

Buat benda baik pun, tetap ada orang yang ambil dari sudut negatif. Terbaru, tular satu video menunjukkan Saddiq sedang kutip sampah selepas perlawanan akhir Piala FA kat Stadium Nasional Bukit Jalil hari Sabtu yang lalu.


13
sumber: malaysiakini
11 1
sumber: malaysiakini

Menerusi perkongsian Twitter, video berdurasi 28 saat yang dimuat naik tu menunjukkan Saddiq memegang satu plastik hitam sambil jalan-jalan kutip sampah-sarap yang dibuang kat kawasan stadium tu.

Tapi apa yang mengecewakan adalah bila ada pihak yang cakap dorang naik meluat tengok tindakan Saddiq kutip sampah tu. Katanya sebab menteri termuda kita ni sekadar nak menunjuk-nunjuk takpun cuma berlakon je semata-mata demi nak tarik perhatian rakyat. Ramai yang siap kutuk-kutuk Saddiq kat media sosial lagi. Ehh korang ni dah kenapa?

12
sumber: malaysiakini
Kutuk
sumber: twitter

Walaupun ada yang mengutuk, ramai juga yang back up Saddiq dan minta rakyat Malaysia ni ubah pemikiran masing-masing. Sebagai seorang menteri, Saddiq kena tunjuk contoh yang baik. Jadi kita janganlah bersangka buruk pulak kat dia.

Tan Sri Rais Yatim dan Dato’ Seri Zambry Abd Kadir pun puji tindakan Syed Saddiq ni tau!

Sokong
sumber: twitter
Skg
sumber: twitter
Skg2
sumber: twitter

Lepas video tular, Saddiq ada jelaskan benda yang dia buat ni bukan atas sebab menunjuk-nunjuk sebab dia memang pantang nampak orang buang sampah merata-rata.

Katanya dia pernah tolong kutip puntung rokok kawannya sendiri supaya dorang malu dan tak buat dah lepas ni.

Syed Saddiq 1
sumber: twitter

Korang ni pun, orang nak buat baik pun kutuk. Seeloknya kita ikut contoh teladan yang dia tunjuk dan sama-sama perbaiki diri.

Tonton video YB Saddiq kutip sampah kat sini:

Sumber: Facebook

Baca: Syed Saddiq Dikecam Jogging Nampak Aurat

Sas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.