Sebelum ini, tular satu hantaran di laman TikTok yang dilihat Datin Seri Maria Farida bersama Dato’ Seri Vida sedang menari sambil memakai gelang emas yang dipakai oleh kedua-dua mereka.
Video tersebut meraih perhatian apabila ramai netizen yang memuji Maria Farida yang dilihat masih kekal cantik dan awet muda walaupun telah dimamah usia. Ada juga yang membezakan dirinya dengan Dato’ Seri Vida yang tampak lebih muda walaupun dirinya lebih muda daripada usahawan kosmetik tersebut.
Sebab daripada itu, rata-rata ramai yang ‘menyerang’ media sosial Maria Farida untuk bertanya sekaligus mendapatkan rahsia atau tips kejelitaan sehingga boleh kekal cantik di pertengahan usia.
https://www.tiktok.com/@onlyyou_gold/video/7155348991058775323?embed_source=70772374%2C70772379%2C120009725%2C120008483%3Bnull%3Bembed_song_name&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7155348991058775323&refer=embed&referer_url=www.rotikaya.com%2Fmaria-farida-tua-dari-dsv-tapi-kalah-anak-dara%2F
Maria Farida kongsi tips kekal cantik dan awet muda, katanya jangan banyak mengumpat?
Keberadaan Maria Farida di platform media sosial cukup disenangi peminat tambahan pula dia tidak lokek dalam berkongsi dan menjawab soalan netizen tips mengenai rutin hariannya. Menurut Gempak, Dia juga terlihat senang melayan peminat dalam sesi soal jawab yang dibuat melalui Instagram Storynya baru-baru ini.
Menerusi soalan pertama, seorang pengikut Maria bertanyakan bagaimana dia menjaga tubuh, rambut dan kulit memandangkan Maria dilihat lebih muda daripadanya usianya.
“Segalanya tertakhluk kepada pemikiran kita. Jika diri kamu merasakan muda dan gembira, ia akan terlihat pada penampilan kamu. Itu sebab kamu kena sentiasa berfikiran positif dan jangan biarkan perkara negatif masuk dalam hidup kamu.”
Selain daripada, dia juga mengambil peluang untuk menjawab soalan yang sama iaitu rahsianya kekal muda menerusi Instagram Story berikutnya.
“Jaga kesihatan, jangan merokok, selalu menjadi baik kepada semua orang dan jangan kuat mengumpat!”
Turut mendapat perhatiannya untuk menjawab adalah mengenai kariernya sebagai pelakon.
“Sekarang saya akan menerima watak yang saya rasa selesa untuk dilakonkan… juga memilih produksi dan team yang hebat.”
Wah bukan biasa-biasa tips Maria Farida…
Baca: Sarimah Kongsi ‘Rahsia’ Kekal Awet Muda Walaupun Dah Berusia 42 Tahun