in

“Kurangkan haus” – [VIDEO] Doktor Share Kebaikan Chia Seed Yang Ramai Belum Tahu

Doktor Share Kebaikan Chia Seed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pejam celik, pejam celik, dah masuk hari kelima kita berpuasa di bulan Ramadan. Mesti ramai antara kita yang dah terjah macam-macam bazar Ramadan, dah cuba resipi yang influencer Khairul Aming selalu upload dan dah mula cari baju raya. Korang tema raya ni warna apa?

Masa bulan puasa terutama sekali ketika cuaca panas, mesti kita akan rasa extra lesu dan letih terutama sekali bila kita ada banyak kerja outdoor yang perlu dilakukan dan memerlukan banyak tenaga. Tekak mesti rasa kering, haus dan waktu tu kalau dapat aircond memang lega.


Menerusi satu perkongsian oleh seorang doktor di TikToknya @drpreeyaamohan ada memuatnaik satu video yang menjelaskan tentang kebaikan chia seed yang ramai belum tahu.

@drpreeyaa

Tips kurangkan rasa dahaga pada bulan puasa ini! Selain itu, chia seed ini sesuai jgk utk org yg pergi gym utk bantu elakkan dehydration. #kesihatan #health #tipsbuatkamu #ramadan2022 #bulanpuasa #chiaseeds #bijichia #omega3 #hydration #tipskesihatan #nutrition #nutrilite

♬ Bilang Pa Mama Mantu Remix – Wallzz 🔮

Dalam video tersebut, Doktor Preeyaa ada menerangkan tentang pengambilan biji chia dapat membantu seseorang untuk mengurangkan dahaga pada bulan puasa ni. Pada mulanya, doktor ini menerangkan bahawa biji chia terhasil dari bunga Salvia Hispanica dari Mexico.

Chia

Seterusnya, doktor ini menunjukkan perbezaan biji chia sebelum dan selepas direndamkan dalam air kepada netizen. Doktor turut menambah yang berat biji chia yang telah menyerap air adalah sebanyak 10 kali ganda beratnya. Tekstur biji chia juga berubah menjadi seakan jeli.

Doktor ini berkata bahawa chia seed mampu untuk mengekalkan hidrasi dalam tempoh yang lama. Selain itu, doktor menyarankan tentang cara untuk consume biji chia iaitu dengan merendamkannya sekurang-kurangnya 20 minit satu malam dalam air biasa atau jus dan terus simpan dalam peti ais.

Doktor gigi ini mengakhiri video dengan menyatakan bahawa selain mengekalkan hidrasi, biji chia mempunyai omega 3 dan mampu untuk membuatkan kita berasa lebih kenyang.

Korang pernah tak amalkan chia seed ni ketika puasa?

Baca: “5 Jenis Minuman Menarik Dari Seluruh Dunia Yang Korang Boleh Cuba Bulan Puasa Ini”

Air

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.