in

“Kurangkan bergantung dengan PCR, RTK dah cukup untuk kesan Covid-19” – KJ

Tak Perlu Buat Pcr Rtk Memadai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam usaha menuju ke fasa endemik mulai 1 April ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta orang ramai untuk mengurangkan kebergantungan terhadap ujian RT-PCR.

Beliau menerusi perkongsian video di TikTok berkata, ianya berikutan ujian RTK Antigen (RTK-Ag) sudah memadai untuk mengesan jangkitan Covid-19 dan lebih murah serta mudah didapati di pasaran.


@khairykj

Mengapa kita perlu kurangkan kebergantungan terhadap ujian PCR terutama dalam gelombang Omicron? #fyp #kkm #covid19

♬ Tiger Blood – Jonathan Paulsen

 

RTK-Ag boleh kesan tahap kebolehjangkitan tinggi 

Tambah Khairy lagi, pakar juga mengesahkan yang ujian saringan RTK-Ag juga memadai dalam mengesan kes positif yang mempunyai tahap kebolehjangkitan yang tinggi.

Malah ujian RT-PCR pula sangat sensitif sebab masih boleh beri keputusan positif walaupun individu itu sudah pulih dari jangkitan Covid-19. Sebab tu lah tak digalakkan untuk buat PCR bila dah habis kuarantin. 

1326843

Keputusan RT-PCR tidak pantas dan secepat ujian RTK-Ag yang hanya perlu menunggu 15 minit untuk mendapatkan jawapan sama ada kita dijangkiti atau sebaliknya.

“Dalam situasi sekarang dengan varian Omicron yang cepat dan pantas merebak, ujian RTK-Ag lebih berkesan kerana tidak perlu menunggu di antara 24 jam hingga 48 jam untuk mengetahui kita positif atau tidak.

“Lebih cepat untuk kita kesan, lebih cepat kita mengasingkan diri jika positif. Lebih baik jika 1,000 individu membuat ujian RTK-Ag daripada 10 orang yang membuat ujian RT-PCR,” katanya lagi.

Selain itu, Khairy juga mengingatkan orang awam yang menerima keputusan positif bagi ujian RTK-Ag utuk terus menjalani proses isolasi dan tidak perlu membuat ujian pengesahan dengan RT-PCR lagi.

Pihaknya juga pada masa yang sama telah mengarahkan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk memantau kit ujian RTK-Ag yang didapati tidak tepat dalam beri keputusan demi menjamin kualitinya.

Pun begitu, RT-PCR masih digunakan untuk tujuan ke luar negara atau pengembara yang memasuki negara ini.

Harap korang take note dengan apa yang disampaikan menteri kita ni ye! 

Baca: Khairy Umum 3 Kelonggaran SOP & Perubahan Besar Bakal Berlaku Mac Ini

Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.