Pemimpin Pakatan Harapan hari ni menerima berita sedih apabila Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong, Ng Tien Chee ataupun Eddie Ng dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cheras.
Menurut MalaysiaKini, kemalangan ini berlaku di Kilometer 12, Lebuhraya Cheras-Kajang dan kenderaan mangsa dipercayai dipandu dari arah Kuala Lumpur ke Kajang. Sumber melaporkan yang kereta Nissan X-Trail yang dipandunya terlanggar belakang sebuah lori di lebuh raya syarikat Grand Saga Sdn. Bhd.
Ramai dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Antaranya ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Wan Azizah dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Ramai di kalangan ahli politik mengucapkan takziah terhadap pemergian mengejut beliau. Namun masih ada manusia yang tak ada rasa empati dan menghormati kematian ni.
Individu ini dikatakan ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seputeh memuat naik komen tidak sensitif mengenai kematian ADUN tersebut. Tolonglah sensitif sikit…
Ramai netizen tepuk dahi dan marah dengan tindakannya mempersendakan kematian seseorang yang disegani dalam parti DAP. Ada juga yang mintak lelaki tersebut delete posting tu dan ada jugak yang cakap individu ni rasis. Macam-macam…
Kalau rasa susah nak ucapkan takziah, baik diamkan diri je…
Baca: Pembangkang Sekarang Lagi Bagus Pada Pembangkang Dulu – UMNO