in

“Kunci pintu bilik dari dalam” – Calon SPM Ditemui Meninggal Dunia Dalam Bilik

PELAJAR SPM

Seorang pelajar perempuan yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di Kuala Klawang, Jelebu pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, remaja yang berusia 17 tahun ditemui maut dalam salah sebuah bilik di kediaman keluarganya.

Pada jam 11.50 malam Sabtu, Kaunter Aduan Balai Polis Kuala Klawang menerima panggilan daripada pegawai perubatan Hospital Jelebu memaklumkan kejadian itu.

“Dimaklumkan, seorang remaja perempuan warga tempatan ditemui meninggal dunia di dalam sebuah rumah di Kuala Klawang,” katanya dalam satu kenyataan.

117273480 3332420933463466 344151165834893431 n

Artikel berkaitan: Pelajar Perempuan Tingkatan 3 Dirog*l Bergilir-gilir Oleh 2 Pelajar Senior Di Melaka

Artikel berkaitan: Buat Bising Dengan Tunggang Motosikal Ramai-ramai Lepas Habis SPM, Sekumpulan Pelajar Ditahan Polis

Katanya lagi, siasatan awal polis mendapati mangsa dijumpai dalam bilik pertama rumah teres setingkat.

Kami mendapati rumah ini adalah kediaman keluarga dan si mati dikatakan mengunci pintu bilik dari dalam.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh mangsa tidak menjumpai sebarang kesan pergelutan atau perlakuan jenayah.

“Selain itu, tidak terkesan sebarang kesan geledah atau barang peribadi milik mangsa hilang,” katanya.

Menurut beliau lagi, kira-kira jam 10 pagi semalam, prosedur bedah siasat telah dijalankan.

Kes ini diklasifikan sebagai mati mengejut. Pihak polis menasihati orang ramai supaya tak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mendatangkan mudarat orang awam dan sensitiviti keluarga mangsa.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: Facebook