in

Kucing Ini Jadi Tarikan Pelancong Di Poland, Terima Lebih 1,000 Google Review

COVER 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan hampir semua bandar di dalam dunia ini mempunyai kucing jalanan. Kucing jalanan memainkan peranan yang penting untuk menghiasi sesebuah bandar, namun ia akan menjadi masalah besar jika tidak dikawal populasinya.

Seekor kucing berwarna hitam dan putih menjadi bualan ramai apabila ia dinamakan sebagai tarikan pelancongan di bandar Szczecin, Poland. Kucing bernama Gacek itu dikatakan telah menerima lebih 1,000 Google Review dan mempunyai penilaian purata 4.9 daripada 5 bintang.


Gacek (bermaksud kelawar bertelinga panjang dalam bahasa Poland) ialah kucing jalanan yang berkeliaran di bandar tersebut selama bertahun-tahun. Difahamkan, kucing itu tinggal di dalam sebuah kotak yang diletakkan di jalan Kaszubska di Szczein.

Populariti Gacek berkembang saban hari. Malah, ramai yang mengulas di Google menyatakan mereka telah mengembara ke bandar tersebut hanya untuk melihatnya. Berikut adalah ulasan di Google oleh warganet:

“Ia adalah berbaloi untuk menempuh perjalanan selama tiga jam hanya untuk diabaikan olehnya. Sangat disyorkan,” tulis seorang pengunjung.

“Saya terbang dari Oslo dengan transit di Gdańsk untuk melihat Gacek. Seperti yang dijangka, dia tidak memberi perhatian kepada saya. Pengalaman ini sangat berharga,” tulis seorang individu yang memberikan 5 bintang.

Bagaimanapun, tidak semua pengunjung berpuas hati dengan Gacek. Ada yang memberikan kucing tersebut satu bintang kerana mendakwa Gacek telah mencuri sesejnya.

https://www.instagram.com/p/CPsp6_Fnuup/?utm_source=ig_embed&ig_rid=77107e9f-9d7f-48b4-ac50-7a5efa0f6aaa

Beberapa komen juga menyuarakan kebimbangan mereka terhadap berat badan Gacek yang dilihat kurang sihat untuk seekor kucing. Mereka menasihati orang ramai agar tidak sesuka hati memberi makanan secara terus kepada Gacek, sebaliknya menyumbangkan makanan kepada pusat pelindungan haiwan di bandar itu.

Sebelum ini pada tahun 2021, seekor anjing pernah menjadi tarikan pelancong selepas menerima ulasan yang bagus di Google. Bagaimanapun, ia telah dibuang daripada Google atas sebab tertentu.

Kredit: Notes from Poland

BACA: Karma Buat Oyen, Kaki Tersepit Di Celah Kerusi Lepas Cuba Curi Makanan Lelaki Sedang Tidur

Capture 9

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.