in

Kucing Ini Diselamatkan Dari Tapak Pelupusan Sampah, Diangkat Pula Jadi Timbalan Menteri

Untitled Collage 98

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kucing jadi timbalan menteri, biar betul?

Hakikatnya, tiada apa yang mustahil di Ulyanovsk, Russia. Seperti yang dilaporkan Huffpost, nasib seekor kucing berubah 360 darjah selepas berjaya diselamatkan di sebuah tapak pelupusan sampah.


Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, seorang pekerja yang dikenali sebagai Mikhail Tukash menemukan kucing hitam tersebut di dalam sebuah plastik di sebalik timbunan bahan buangan yang sedang bergerak di atas conveyor belt menuju ke mesin pengasing sampah.

Ketika membuka plastik tersebut, Tukash menyedari terdapat seekor kucing dan segera menyelamatkannya.

Insiden tersebut menjadi tular sehingga mendapat perhatian Kementerian Alam Sekitar Ulyanovsk.

Selain memuji dan memberi penghargaan kepada Tukash, kementerian itu turut menjadikan haiwan tersebut sebagai kucing angkat mereka dan mengurniakannya jawatan sebagai Timbalan Menteri Alam Sekitar.

Menterinya, Gulnara Rakhmatulina dalam satu kenyataan turut menyeru orang ramai agar menjadi lebih bertanggungjawab ke atas haiwan peliharaan masing-masing.

5Fe61488240000C5068Ad6F1

 

Baca: “Nak luruh jantung” – [VIDEO] Detik Cemas Kucing Hampir Jatuh Bangunan Buat Netizen Menjerit

Capture 29

Sumber: Huffpost

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.