in

Kuantan Dilanda Ribut, Lebih 60 Rumah Rosak & Belasan Pokok Tumbang

ribut kuantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ribut dilaporkan telah melanda kawasan bandar raya Kuantan, Pahang pada malam tadi.

Kejadian ribut tersebut juga telah mengakibatkan lebih kurang 13 batang pokok di kawasan bandar tersebut tumbang.


Bukan itu sahaja, lebih 60 buah rumah juga terjejas kerana rosak akibat ribut berkenaan, lapor Buletin TV3.

pokok tumbang

Artikel Berkaitan: “Tolongg!!” – [VIDEO] Penduduk Di Kawasan Perumahan Taiping Panik, Air Banjir Cecah Paras Pinggang

Artikel berkaitan: “Air dah makin deras” – Wartawan Pakistan Hanyut Ketika Liputan Banjir, Detik Cemas Dirakam Secara Langsung

Difahamkan, ribut telah berlaku di beberapa kawasan perumahan, antaranya di Bukit Setongkol, Taman Cenderawasih dan Taman Tanah Putih.

ribut di kuantan

Menurut Mejar Zahidi Zainudin iaitu Pegawai APM Kuantan, walau bagaimanapun kejadian ribut itu tidak melibatkan bangsa atau kemalangan jiwa.

Terdapat juga satu kes melibatkan sebuah rumah yang rosak akibat dihempap pokok tumbang.

Susulan kejadian itu, bomba dan APM telah membersihkan semua pokok tumbang di sekitar kawasan terjejas.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.