Pelbagai cara digunakan oleh mereka yang single pada masa kini untuk mencari jodoh. Antaranya ialah dengan menggunakan aplikasi ‘dating’ untuk berkenalan.
Walau bagaimanpun, pastikan korang selidik dulu latar belakang gadis yang dikenali secara online sebab tak nak korang kena scam macam lelaki dari negara seberang ni.
Menerusi perkongsian TikTok lelaki bernama Cocoh Anthoonesyah Gumay, dia telah berkongsi pengalaman ‘malangnya’ berkenalan dengan seorang ‘gadis solehah’ menerusi dating apps.
Menurut Gumay, setiap kali diajak bertemu gadis yang disifatkan mempunyai perwatakan manis itu berasa segan dan kerap mengakui dirinya tidaklah secantik gambar di profil.
Walau bagaimanapun, Gumay sering memujuk dengan mengatakan paras rupa tidak penting namun akhlak yang baik itulah yang diutamakannya. Akhirnya, gadis itu pun setuju untuk bertemu.
Namun alangkah terkejutnya dia apabila mendapati gadis yang ingin dijadikan isteri itu bukannya perempuan tetapi seorang ‘mak nyah’. Wajah individu itu juga sangat berbeza dari gambar yang digunakan di aplikasi mencari jodoh itu. Halamak kena scam la bro…
Ku ingin wanita sholeha ternyata dapatnya solihun,” tulis Gumay.
@gumay9
Gumay menerusi satu video lain juga menjelaskan pertanyaan netizen mengapa dia tidak mengadakan video call terlebih dahulu untuk memastikan identiti ‘gadis’ yang dikenalinya itu.
Dia memberitahu bahawa niatnya untuk berkenalan dengan wanita itu ikhlas untuk berkahwin dan dia juga merasa tertipu kerana si dia menggunakan suara lain ketika video call. Adui kesian…
@gumay9 Balas @intan_makeup #fyp #kisahnyata #love #brokenheart😭💔 #menikah
Perkongsian Gumay telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya dan berharap dia bertemu dengan gadis yang baik selepas ini.
Harap mangsa bersabar dan dipertemukan dengan pasangan yang dicari-carinya. Amin!