Kalau dulu, orang akan pecah tabung masjid, sekarang ini pencuri sendiri dah up to date dengan trend teknologi kini terkini tau.
Zaman yang serba serbi online ini, derma dekat masjid juga dah boleh guna kod QR! Sebab tu lah pencuri pun ada idea ‘bernas’, tengok ni!
“Kreatif ya pencuri sekarang”
Dalam video yang tengah tular ini, terdapat seorang lelaki berlegar-legar di masjid dan tupa-rupanya, individu tersebut menukar kod QR yang khusus untuk tabung masjid dengan kod QR miliknya sendiri.
Namun begitu, sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua, kelakuannya dirakam menerusi CCTV masjid tersebut.
Boleh tahan kreatif jugak ya pencuri sekarang. Dia tukar QR Code masjid dengan QR Code dia sendiri ? Orang nak derma kat masjid terus masuk akaun dia. Lain macam punya bijak pic.twitter.com/aYWy0N20LW
— ALAN (@IniAlalalannn) April 11, 2023
Difahamkan, sumber melaporkan bahawa kejadian ini berlaku di negara jiran dan suspek telah membuat modus operandi ini di dua buah masjid. Bagaimanapun, ramai netizen speechless dengan tindakan suspek ini yang dikatakan guna trick yang begitu mudah dan tak perlu banyak kerja.

Haih, makin mudah orang nak bagi derma, makin mudah juga lah orang nak curi duit tabung masjid. Menerusi rakaman, kejadian ini dilihat seperti berlaku pada 6 April lepas kira-kira jam 10 pagi.
Baca : Lelaki Kemboja Berlakon Mengaji, Rupa-rupanya Tangan Menular Curi Duit Tabung Masjid

