Kerajaan merasakan bahawa kantin sekolah tidak perlu tutup sepanjang bulan Ramadan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merasakan tidak wajar untuk memaksa murid-murid untuk berpuasa jika melihat rakan mereka yang beragama Islam melakukan ibadah tersebut.
“Dalam konsep Malaysia Madani, kita hendaklah bersifat inklusif dalam menghormati bulan Ramadan, jadi kita perlu memaklumkan pada anak-anak bahawa Ramadan adalah bulan ibadah.”
“Dalam masa yang sama proses untuk memahamkan (murid) yang lain itu juga harus bermula tetapi tidak bermakna mereka harus dipinggirkan dan tidak ada ruang untuk anak-anak makan.”
“Jadi untuk ‘non muslim’ (bukan Islam) ini juga perlu diberi ruang untuk mengikuti ibadah ini tapi dalam masa yang sama perlu disokong dan disantuni oleh pihak sekolah.”
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia bukan satu masalah untuk menyantuni murid berkenaan kerana mereka tidak terlibat dalam puasa. Jelasnya, murid yang bukan beragama Islam juga sebahagian daripada rakyat Malaysia, lapor Astro Awani.
“Mereka (murid bukan Islam) adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang melihat anak-anak orang Islam yang lain berpuasa tetapi mereka tidak terlibat dalam pesta ibadah ini, jadi mereka boleh lakukan aktiviti mereka seperti biasa.”
Baca : “Nasib baik puasa awal tahun ni” – Cuaca Panas Bakal Berlarutan Sehingga Bulan September