Pernah diarahkan tutup atas sebab yang sama tiga tahun lepas!
Sebuah kilang memproses fucuk telah diarahkan tutup selama dua minggu kerana ekoran ruang pemprosesan makanan di premis tersebut kotor jijik dan meloyakan.
Memetik laporan dari BERNAMA, Pegawai Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM) Jabatan Negeri Pulau Pinang Mohd Wazir Khalid berkata kilang tersebut telah disifatkan tidak layak beroperasi dan proses makanan perlu dihentikan dengan kadar segera.
Kilang fucuk ini sangat kotor dan membimbangkan… Boleh dikatakan 200% kotor dan tidak layak beroperasi.”
Bukan itu sahaja, kilang ini juga didapati tidak memeliki lesen perniagaan yang sah walaupun telah beroperasi melebihi 10 tahun.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah keluarkan tiga kompaun kira-kira RM5,500 atas kesalahan tiada lebel makanan, tidak berdaftar di bawah KKM dan beroperasi tanpa kebenaran dan RM500 atas kesalahan berniaga tanpa lesen.”
Untuk pengetahuan korang, sebelum ini kilang fucuk yang sama ini pernah diarahkan tutup atas kesalahan yang sama tiga tahun lalu!
Tak cukup dengan itu, antara kesalahan lain yang dibuat oleh kilang ini termasuk seorang pekerja warga Myanmar tidak menerima suntikan tifoid dan tidak memakai kelengkapan sesuai semasa mengendali makanan serta terdapat anjing peliharaan di dalam premis yang tidak mematuhi prosedur ditetapkan.
Sebab utama penutupan ini juga adalah disebabkan lalat dan lipas yang boleh menyebabkan keracuman makanan sama ada bakteri dan fizikal. Jadi perlu tutup sebelum berlakunya keracunan makanan.”