Sehari dua ni pelakon popular Nabila Huda ada memuatnaik gambar dengan seekor anjing jenis Husky di instagramnya.
Namun, akibat daripada tindakan itu Pencetus Ummah (PU) Syed tampil memberi teguran selepas merasa kurang senang dengan gambar tersebut.
Katanya fenomena tersebut sangat bahaya dan boleh mendatangkan fitnah kepada agama.
“Kot ya artis ini bermazhab lain selain Mazhab di Malaysia, toksahlah duduk up gambar sebegitu rupa…”
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=518001859046854&set=a.138335007013543&type=3&theater
PU Syed berkata, fenomena membuat sesuatu yang haram seolah-olah sudah jadi kebiasaan dalam kalangan artis.
Ia termasuklah dari adegan sentuh menyentuh, peluk memeluk sehingga perkara-perkara dosa lain yang sering mereka ulang dan tanpa rasa rasa bersalah dipertontonkan kepada peminat.
Dibawah ni post penuh PU Syed berkaitan isu Selfie Nabila dengan anjing Husky.
Saya Dah Samak.
Itu kata² Nabila Huda bila dia memuat naik gambarnya bersama seekor anjing.
Fenomena membuat sesuatu yg haram dengan sedar dikalangan artis semakin menjadi² dan dianggap biasa dikalangan mereka.
Dari adegan sentuh menyentuh, peluk memeluk sehingga perkara2 dosa lain yg sering mereka ulang dan tanpa rasa rasa bersalah dipertontontkan kpd peminat mereka.
Fenomena menormalisasikan dosa ini sgt bahaya dan ianya boleh mendatangkan fitnah pd Agama.
Hukum menyentuh anjing
Anjing adalah termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat. Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A. Kata beliau :
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي دَارَ قَوْمٍ مِنَ الأَنْصَارِ وَدُونَهُمْ دَارٌ ، قَالَ : فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، سُبْحَانَ اللهِ تَأْتِي دَارَ فُلاَنٍ ، وَلاَ تَأْتِي دَارَنَا ، فقَالَ : فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لأَنَّ فِي دَارِكُمْ كَلْبًا ، قَالُوا : فَإِنَّ فِي دَارِهِمْ سِنُّوْرًا ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ السِّنُّوْرَ سَبُعٌ
Maksudnya :” Nabi SAW pernah masuk ke rumah seorang Ansar dan Nabi juga pernah tidak masuk ke rumah seorang Ansar yang lain. Abu Hurairah berkata : Perbuatan tersebut menyebabkan mereka terasa. Mereka berkata : Wahai Rasulullah, Maha Suci Allah, engkau masuk ke rumah fulan dan tidak masuk ke rumah kami. Nabi SAW bersabda : Ini kerana di dalam rumah kamu ada anjing. Mereka berkata : Di dalam rumah mereka terdapat sinnur (sejenis kucing yang disebut juga felidae). Maka Nabi SAW menjawab : Sesungguhnya sinnur itu adalah haiwan liar.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 8324 di dalam Musnad)
Merujuk kepada Mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis.
Kot ya artis ini bermazhab lain selain Mazhab di Malaysia, toksahlah duduk up gambar sebegitu rupa yg menatijahkan fitnah buat diri sendiri dan menjadi ikutan kpd peminat² beliau.
Biar tahu jangan keliru
PU Syed.
#AdeAmbeTakut
Mungkin betul apa yang ditegur PU Syed tu kan, tapi tulah terpulanglah pada tuan punya badan.
Baca : “Macam ni ke org yg patut kami hormat” ; Army Marah PU Syed Gelarkan BTS ‘Setan’