in

“Korang tak payah berebut” – Lelaki Terkejut Beg Tangan ‘Viral’ Ada Di Bundle Dengan Harga RM20

beg brik di bundle rm20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, sebuah beg tangan jenama tempatan iaitu Brik menjadi sorotan netizen apabila peminatnya dikatakan sanggup beratur sehari sebelum jualan berlangsung pada tempoh hari.

Bukan itu sahaja, acara jualan itu juga menjadi kecoh apabila Brik menerima kritikan daripada peminatnya kerana tidak dapat menampung jumlah pembeli yang terlampau ramai.


Artikel berkaitan: Kecoh, Pelanggan Beratur Dari Subuh Hendak Beli Beg Viral Tapi Tak Dapat Masuk!

Lelaki tak sangka jumpa beg viral di bundle

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang individu secara tidak sengaja terjumpa beg tangan yang menjadi rebutan itu di sebuah gerai bundle.

Menerusi perkongsian Danisy, dia merupakan seorang penggemar barangan pakaian terpakai dan ketika itu dia mencari beg terpakai di sebuah kawasan pasar pagi.

Dalam video itu, dia melihat beberapa beg terpakai dari pelbagai jenama terkenal dan secara tiba-tiba terlihat beg tangan jenama brik berwarna stone.

Guys Brik ada dekat bundle jadi korang tak payah berebut-rebut dah. Tengok sikit, Brik guys. Original ke tak, tak tahulah tapi okaylah,” katanya.

Peniaga bundle menyatakan harga beg tangan jenis Chroma itu dijual pada harga RM20 dan Danisy terus membelinya.

@danisy__

Kali pertama selam dapat local brand hahahaa , Korang jangan lupa follow rapat igshop youbuybye guys #thrift #thrifting #thrifted #bundle #fyp #youbuybye

♬ original sound – danisy – danisy

Menurut Danisy setelah memeriksa beg tangan berkenaan, dia menyifatkan ia dijahit dengan kemas dan kualitinya nampak baik.

Katanya lagi ini adalah pertama kali dia menjumpai barangan tempatan ketika ‘menyelam’ barangan terpakai.

“Terlalu awal berada di bundle”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dan seperti tidak percaya beg tangan itu sudah dijual di bundle kerana jenama berkenaan sedang meningkat naik.

Screenshot 2025 02 27 155652 Screenshot 2025 02 27 155702 Screenshot 2025 02 27 155709 Screenshot 2025 02 27 155728 Screenshot 2025 02 27 155749

Bagaimanapun, ada yang mengatakan itu perkara biasa kerana pernah juga menjumpai jenama yang sedang hangat digunakan telah dijual di bundle.

Uish, untung dia dapat barang jackpot!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.