in

“Korang nilailah sendiri” – Aina Abdul Dikritik Lagi, Ganggu Penglihatan Penonton Di Big Stage

ft aina abdul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu, Aina Abdul telah dikritik kerana fesyen yang digayakannya ketika menjadi juri dalam program Big Stage musim kelima telah mengganggu penglihatan penonton yang berada di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Bagimanapun, Gempak melaporkan bahawa pihak produksi tidak menerima sebarang aduan daripada pihak penonton mengenai fesyen penyanyi lagu Terus Hidup itu.


Penonton tak dapat tengok pentas

WhatsApp Image 2023 06 03 at 19.19.51 e1685791521140

Namun begitu, semalam ada seorang penonton kongsikan beberapa video menerusi IG Story miliknya sebelum ia tular di Twitter. Foto itu menunjukkan pandangan seorang penonton yang terhalang disebabkan busana yang dipakai oleh Aina.

Fx1xWj1aIAAA8wB

Dalam masa 22 jam, foto ini telah meraih lebih daripada 4,000 jumlah retweets dan rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan situasi tersebut. Ada juga di kalangan netizen yang terdiri daripada peminatnya sendiri.

Screenshot 6

Rasanya lepas ini Aina kena lebih cakna dengan komen daripada penonton. Tak best juga kan kalau ada yang mengadu tak dapat tengok persembahan Big Stage sebab terhalang dek kostum. 

Baca : Rekaan Baju Persis ‘Toto’ Jadi Bualan Netizen, Designer Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan

aina abdul toto pereka baju 728x383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.