in

“Melangit betul imaginasi” – Netizen Hairan Ada Yang Percaya Kononnya Pil Paxlovid Terkandung ‘Cip Pengesan’

Untitled design 2022 03 09T131340.200

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai kini yang masih bergelut dengan wabak Covid-19 dan terdapat banyak kajian dan kaedah perubatan yang telah dijalankan bagi membendung penyakit berjangkit ini.

Paxlovid ialah ubat anti-viral yang digunakan untuk merawat Covid-19 bagi mereka yang positif dengan gejala ringan hingga sederhana, boleh digunakan oleh orang dewasa dan mereka yang berisiko tinggi.


Penggunaan Paxlovid juga telah diluluskan di Malaysia dan pil tersebut dijangka akan mula digunakan pada bulan ini.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Paxlovid tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada vaksinasi dan pengganti kepada tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan SOP untuk elakkan dijangkiti Covid-19.

Bagaimana pun, baru-baru ini tular sebuah mesej dalam WhatsApp dimana pil itu dikatakan mempunyai cip pengesan yang boleh ‘mengawal’ kehidupan sesiapa yang mengambilnya.

twt

Dr Khairul Hafidz berkongsi tangkap layar mesej WhatsApp itu dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-ratanya mempertikai kandungan mesej tersebut, malah doktor itu juga hairan mengapa mesej sebegitu boleh viral.

“Cip dah lah mahal nak buat!”

Ramai yang beranggapan, jika benar perkara itu boleh dibuat maka sudah pastinya dari dahulu lagi orang ramai boleh dikawal hanya dengan menelan cip buatan.

Ada juga yang merasakan perkara itu sangat tidak logik kerana apakah kepentingan mengawal seseorang yang tidak memainkan apa-apa peranan dalam komuniti.

twws

Doktor tersebut juga berkata menerusi Twitter, pil yang mengandungi sensor memang ada tetapi ia digunakan untuk pesakit psikiatri dan bertujuan untuk mengesan apa yang mereka hadam dalam perut, teknologi tersebut telah ada tetapi masih belum digunakan secara menyeluruh.

Katanya lagi, masih banyak kajian yang perlu dilakukan dalam kaedah perubatan tersebut tetapi yang pastinya ia bukan untuk mengawal manusia.

Ada-ada je lah mereka ni…

Baca: Malaysia Bakal Terima 110,000 Paxlovid Bulan Ini Untuk Lawan Covid-19 – Menteri Kesihatan

Untitled design 2022 03 09T113126.644

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.