in

Korang Dah Isi e-Filing? Wanita Share Cara Terbaik Simpan Resit-resit Untuk Pelepasan Cukai

Lhdn Resit Simpan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gaji korang dah kena cukai ke?

Kalau sudah, pembayar cukai individu dan selain individu sudah boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 melalui laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu e-Filing mulai 1 Mac lepas.


Pun begitu, lepas dah declare income tax bagi 2022, jangan lupa ye simpan borang e-filing tersebut dan segala resit-resit untuk pelepasan cukai.

1945277

Leceh memang leceh, tapi jangan risau, meh admin kongsikan satu cara menyimpan resit daripada Nur Aimuni di Twitter ni. Memang kemas dan terbaiklah! 

“Dapat resit terus snap & save dalam HP dulu” 

Menurut Nur Aimuni, langkah pertama yang korang kena buat lepas dapat resit ialah ambil gambar dan simpan dalam phone terlebih dahulu, manakala resit original pula simpan dalam fail khas.

Korang boleh tampal kesemua resit original di dalam buku skrap.

Simpan rekod resit 7 tahun 

Meskipun korang tak perlu hantar pada cawangan LHDN resit-resit tersebut, tapi sebaiknya korang simpanlah semua resit berkenaan kemas-kemas di dalam folder.

Ia juga bagi mempermudahkan urusan kita di kemudian hari jika LHDN ingin membuat semakan. Lagi bagus kita simpan 7 tahun punya rekod dalam satu fail macam di bawah ini.

Fqdbvxqamaa9Phi

Resit yang korang boleh simpan untuk pelepasan 

Bagi yang tak tahu, ada pelbagai jenis resit yang boleh korang simpan untuk pelepasan cukai.

Antaranya seperti yang disenaraikan di bawah, ia termasuklah juga resit daripada Lembaga Zakat, Takaful, derma, SSPN, booking hotel dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk isi e-Filing di laman web LHDN ya gais! Buat awal-awal supaya tak lupa. 

Baca: LHDN Tarik Balik Rayuan Tuntut Cukai RM10.3 Juta Daripada Anak Najib

Lhdn

Sumber: The Star
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.