Korang mesti tertanya-tanya kan, kenapa mami jarum kat Penang tu suka sangat pakai barang kemas? Well jawapannya, mami-mami ni semua menyimpan emas untuk buat investment pada masa depan. Bijak, bijak!
Kini korang boleh jadi macam mami jarum tapi tanpa pakai barang kemas berat-berat kat badan! Menurut Vulcan, satu aplikasi bernama HelloGold berkolaborasi dengan syarikat mesin gedegang, KLEAN bakal launch sebuah skim yang akan beri rakyat Malaysia 0.00059 gram pelaburan emas kalau kita kitar semula tin atau botol plastik. Wow!
Ubah emas jadi kredit berbelanja
Quick note! Korang takkan dapat emas secara fizikal bila kitar semula bahan plastik ni sebab ia akan disimpan dalam sebuah bilik kebal di Singapura.
Macam ni cara ia berfungsi:
- Untuk mendapatkan hasilnya korang boleh ubah emas ni jadi kredit
- Kredit ini adalah dalam bentuk masa berbual, kad kredit pintar dan baucar makanan
Buat masa ni, 40 mesin akan diletakkan sekitar kawasan Lembah Klang pada Julai ni dan lagi 500 mesin pulak akan ditempatkan di seluruh Malaysia hingga akhir tahun ni. Apa yang penting, korang mestilah download app HelloGold dari Google Play atau Apps Store supaya dapat menggunakan khidmat ni.
Salah satu langkah untuk kurangkan sisa plastik dunia
Projek dari KLEAN ni diadakan dengan tujuan untuk menangkis peningkatan sisa plastik kat dunia terutamanya di Asia. Sisa plastik dan tin yang dikutip ni akan diubah jadi butiran aluminium tulen untuk dikitar semula.
Walaupun Malaysia bukan antara 5 negara yang tersenarai sebagai penyumbang 60% terbesar sisa kitar semula, tapi kita sebenarnya antara top 10 dalam senarai pencemar terbesar dunia. Opss!
CEO KLEAN, Nick Boden berkata, “Sisa plastik sedang meningkat di seluruh dunia tetapi usaha untuk kitar semula makin menurun. Dengan kolaborasi ini, kami target untuk menggalakkan proses kitar semula di kalangan rakyat Malaysia dengan menunjukkan potensi kekayaan dan wang yang ada di sekeliling masyarakat kita, termasuklah di tapak pelupusan dan terapung di lautan.”
Bagi korang yang berminat untuk tukarkan sisa plastik dan tin kat rumah tu jadi emas bolehlah install apps HelloGold di telefon pintar Android dan iOS segera!
Jom kitar semula! Mari jadikan bumi ni lebih baik daripada sekarang untuk anak cucu kita di masa depan.
Baca: Penduduk Kutip Sampah Untuk Dijual Semula Demi Kelangsungan Hidup