in

“Korang asyik dengar satu pihak sahaja kan” – Fatin, Isteri Prince Syed Buka Mulut Pasal Dakwaan Keluarga Kandung

ft fatin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri kepada personaliti media sosial, Prince Syed iaitu Fatin Syazwani tampil memberikan kenyataan setelah sekian lama mendiamkan diri berhubung dengan kemelut yang melibatkan dirinya bersama suami dan keluarga kandungnya.

Menerusi kenyataan yang dibuat menerusi TikTok @ikstudio.my, Fatin dilihat memberikan respon atas segala tuduhan yang mengatakan dirinya seorang golongan ‘istimewa’.


Artikel berkaitan : “1.1.2025 terima lafaz cerai” – Pempengaruh Fatin Nabila Kongsi Dugaan Besar Sepanjang Tahun Ini

Artikel berkaitan : Ibu Bapa Mentua & Adik Ipar Tak Mengaku Bersalah Cederakan Prince Syed

“Saya ada dengar tuduhan katanya saya ni lembam lah, OKU lah, IQ rendah lah, haih macam-macam lah korang ni, satu je saya nak sampaikan, sebab selama ni saya hanya diamkan sahaja.”

Dalam pada itu, Fatin turut menegaskan bahawa segala dakwaan yang netizen dengar adalah daripada sebelah pihak sahaja, jadi dia mempersoalkan jika mereka ada mendengar segala respon yang datang daripada pihaknya pula.

Oleh itu, Fatin telah menyangkal semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan mengatakan ia tidak benar sama sekali. Kenyataan tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa tindakan melakukan bariatrik secara paksa itu sebenarnya dibuat secara sukarela.

“Sekeras-kerasnya di sini ingin menyatakan yang dakwaan tersebut itu sama sekali palsu dan tidak benar.  Alhamdulillah keadaan saya semakin baik selepas buat bariatrik, terima kasih suami yang menjaga saya sampai sembuh, jadi netizen di luar sana, sudah-sudahlah korang semua nak kecam dia.”

@ikstudio.my

Kenyataan dari Puan Fatin sendiri. Jom kita dengar. ..” . . . #ikstudio #podcastmalaysia #viral #trending #princesyed

♬ original sound – ikstudio – ikstudio

Suami boleh cari, mak ayah tak ada ganti – Netizen

Menjengah ke ruangan komen,  ramai netizen yang kurang senang apabila mendengar ayat ‘satu pihak’ yang keluar daripada mulut Fatin kerana ‘pihak’ yang dimaksudkan itu adalah keluarganya sendiri.

fatin fatin 2 fatin 4 fatin 5 fatin 6 fatin 7 fatin 8 fatin 9 fatin 10

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.