in

Kontraktor Buang Beduk & Al-Quran Surau Dalam Parit, Berang Lepas Dihalang Tebang Pokok Kelapa ‘Berhantu’

Ft Beduk Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini seorang kontraktor telah ditahan gara-gara membuat khianat kepada penduduk kampung di Parit Haji Samsuri, Kuala Kurau.


Apa yang memeranjatkan, lelaki itu telah bertindak untuk mencampak buang beduk, tikar dan juga al-Quran milik surau kampung itu ke dalam sebuah parit berdekatan gara-gara ‘berang’ selepas dihalang untuk menebang sebatang pokok kelapa ‘berhantu’.

Beduk

Memetik laporan Kosmo!, seorang penduduk yang enggan dikenali mendedahkan bahawa kontraktor berkenaan telah datang ke rumahnya di Parit Haji Samsuri untuk tumpang bermalam sehari sebelum kejadian.

 

Ternampak ‘kelibat’ bertenggek atas pokok kelapa

Ketika waktu Subuh keesokan harinya, lelaki itu memberitahu ‘niatnya’ untuk menebang pokok kelapa di hadapan rumah tersebut kerana dia mendakwa ternampak kelibat satu ‘lembaga’ yang bertenggek di atas pokok kelapa tersebut. Walau bagaimanapun, tuan rumah tersebut tidak membenarkannya untuk menebang pokok kelapa yang didakwa ‘berhantu’ itu.

Namun, apa yang tidak disangkakan mereka, lelaki itu kemudiannya bertindak di luar batasan apabila menjadikan barangan milik surau kampung itu sebagai ‘tempat’ untuk melampiaskan rasa amarahnya gara-gara ‘hajatnya’ untuk menebang pokok kelapa itu dihalang.

 

Buang beduk, al-Quran & tikar surau dalam parit

Bukan setakat ditoreh dan dikoyak permukaannya sehingga rosak, malah beduk milik surau berkenaan juga turut dibuang ke dalam parit berhampiran berserta beberapa helaian al-Quran dan tikar.

Tak sangka pula dia bertindak di luar batasan apabila menoreh beduk sebuah surau di sini dan membuangnya di parit berhampiran bersama helaian al-Quran serta tikar.  

Tikar

 

Turut buang racun sawah dalam parit

Tambahnya lagi, lelaki tersebut turut mengambil racun sawah penduduk dan membuangnya ke dalam parit sehingga menyebabkan banyak ikan timbul dan mati.

Disebabkan kejadian itu, penduduk kampung terpaksa menanggung akibatnya apabila perlu bergotong-royong untuk membersihkan tikar surau dan beduk yang dibuang lelaki terbabit. Cebisan helaian al-Quran yang telah rosak itu juga telah diserahkan kepada pihak berwajib untuk tujuan pelupusan.

 

Dakwa nak elak fenomena ‘bencana alam’ 

Laporan polis turut dibuat oleh penduduk dan suspek yang dkenali sebagai Mie yang berusia 43 tahun berjaya ditahan.

Suspek mengaku berbuat demikian bagi mengelakkan fenomena ‘bencana alam’ daripada berlaku di kawasan itu. Berdasarkan hasil maklumat dan siasatan yang dijalankan, suspek dikatakan mempunyai masalah mental dan sering berhalusinasi.

Baca: Berang Tak Dapat Curi Tabung Surau, Pencuri Bakar Buku Agama Dan Selerakkan Al-Quran Dalam Surau 

Baca Surau

Sumber: Kosmo!
Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.