Penyanyi, Aisha Retno yang popular dengan lagu Ketipak Ketipung Raya dan Sutera akan mengadakan konsert solonya di Zepp KL pada 16 November ini.
Namun, semalam, konsert solo Aisha itu dilaporkan telah dibatalkan oleh pihak penganjur kerana jualan tiket yang rendah, lapor Berita Harian.
Pihak penganjur konsert, Kharisma Music International mengumumkan pembatalan konsert Malam Sutera itu menerusi Instagram.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penangan Big Stage, Ernie Zakri ‘Belanja’ Lagu Bengawan Solo Di TikTok!
Artikel Berkaitan: : Ernie Dipuji Vokal Mantap Masa SFMM36 Walau Sarat, Peminat Throwback Ibu Sedara Masa AJL 1999
Pihak pengurusan Aisha Retno juga memutuskan untuk tidak menunda tarikh konsert tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak mereka memohon maaf kepada peminat yang telah membeli tiket.
Namun, keputusan untuk membatalkan konsert tersebut bukanlah sesuatu keputusan yang mudah dibuat oleh pihak mereka.
Peminat yang telah membeli tiket akan mendapat pulangan semula wang atau refund dalam masa tujuh hingga 14 hari.
Meninjau ke Instagram Aisha Retno, penyanyi berusia 24 tahun itu dilihat telah repost semula kata-kata semangat dari IG Story peminat-peminatnya.
Ada juga yang berpendapat jualan tiket konsert Aisha itu tidak memberangsangkan kerana mungkin tiada promosi dari pihak penganjur.
Sumber: Berita Harian, Instagram