in

“Konsert artis luar lagi membimbangkan” – UAI Minta Orang Ramai ‘Husnuzon’ Dengan Lelaki Dakwa Cicit Rasulullah

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Sayyid Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani Al Maghrobi telah tular di media sosial selepas dia datang ke Malaysia untuk menyambut Maulidur Rasul dan mendakwa dirinya cicit kepada Rasulullah S.A.W.

Kedatangannya ini telah menimbulkan perdebatan hangat netizen di media sosial dengan ada yang mempertahankan lelaki tersebut serta ada yang mempersoalkan kesahihannya sebagai keturunan Rasulullah.


Isu ini turut mendapat perhatian penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menasihatkan orang ramai untuk bersangka baik terhadap lelaki tersebut.

Menurutnya, kedatangan individu tersebut tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada umat Islam di negara ini.

Ceramah Kuliyah Ustaz Azhar Idrus September 2022

Jika bukan dia keturunan Nabi (Rasullulah) sekali pun tiada masalah kerana ia tidak memudaratkan masyarakat di negara ini kerana kedatangannya adalah untuk menghadiri majlis Sambutan Maulidur Rasul.

“Biarlah pihak berkuasa yang ada autoriti menentukan sama ada dia keturunan Nabi (Rasullulah) atau sebaliknya. Jika kita orang pertikai keturunan kita apa yang kita rasa.”

UAI mengatakan, apa yang patut menjadi kebimbangan orang ramai adalah kehadiran artis luar negara yang jelas-jelas merosakkan akidah dan minda umat Islam di Malaysia.

Yang kita bimbang adalah kedatangan penyanyi-penyanyi dan penari (luar negara) yang banyak merosakkan akidah, minda umat Islam di negara kita.

“Macam-macam konsert yang mendedahkan aurat, terang-terang fasik, merosakkan pandangan, melakukan maksiat kemungkaran di negara kita. Kita benarkan, kita sohorkan, malah tidak marah pun, ini jelas menunjukkan kamu orang munafik.”

 

Baca: Kecoh Program Pendakwah Didakwa ‘Keturunan Nabi Muhammad’ Dibatalkan, Rupanya Ini Yang Berlaku…

Screenshot 2022 10 13 At 2.54.43 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.