Macam-macam kisah scammer yang kita dengar, tapi kisah scam yang satu ni akan buat korang rasa stress bila baca sebab bunyinya macam real tapi last-last benda ni habuk pun takde! Kena scam lah tu!
Dapat call dari Mahkamah Tinggi Johor Bahru, konon kes lari dari cukai
Menerusi perkongsian lelaki bernama Joseph di Facebook, semuanya bermula apabila dia dapat call dari Mahkamah Tinggi JB yang tanya kenapa dia tak pergi ke mahkamah hari ni.
Lepas bersoal jawab, rupanya Joseph diberitahu ada orang guna nombor IC dia untuk buka bisnes dan elak daripada tax. Yang buat Joseph yakin dengan apa yang officer nama Yong ni cakap ialah bila semua benda dia petik pasal Joseph betul belaka. Dari nombor IC sampailah ke nombor telefon.
Kes serius, mangsa kena buat report polis TAPI….
Pegawai nama Yong tadi beritahu Joseph yang kes dia ni serius sangat. Jadi dia kena buat report polis untuk tolong dia orang. Benda ni katanya SIMPLE. Buat je laporan polis. Lelaki tu jugak siap bagi details lagi kalau dia nak buat report kat balai di JB.
Bila Joseph dah kata tak boleh, di sinilah dia mula memancing kepercayaan mangsa. Dah masuk jerat nampaknya si Joseph ni.
Buat laporan polis melalui telefon, terkejut ada akaun digunakan untuk beli dadah pulak
Joseph kemudian telah membuat panggilan ke balai polis Johor Bahru dan buat laporan dengan seorang pegawai bernama Sarjan Yong. Melalui siasatan sarjan ni, dia mendapati IC Joseph jugak digunakan untuk buka account yang transfer wang haram dan kegiatan dadah.
Memang berdebar lah jugak Joseph, tapi ‘nasib baik’ lah Sarjan Yong ni dikatakan baik sangat dan banyak bantu mangsa. Cuma satu je yang buat Joseph stress lepas ni…
Percaya mati-matian tapi akhirnya kena maki dan dituduh penipu lepas 90 minit bersoal jawab
Joseph kemudian disuruh Sarjan Yong untuk explain apa yang berlaku kepada bosnya. Tapi lepas berhempas pulas nak explain, tak memasal pulak dia yang kena marah balik. Dua-dua pegawai tu macam tak percaya dengan apa yang dia cakap.
Siapa nak jaga isteri awak? Scammer mula mainkan emosi
At this point, Joseph masih lagi percaya sangat-sangat Sarjan Yong. Scammer ni mula main emosi dan touch perkara mengenai keluarga yang buat Joseph lagi tertekan. Licik betul dorang ni!
“Dia beri account number Mohd Zariy…. dah tahu menipu!”
Lepas 2 jam berhempas pulas angkat call, jawab call akhirnya tembelang scammer dah pecah! Pegawai polis boleh pulak suruh mangsa transfer semua wang ke account persendirian.
Ini taktik scammer ni menipu
Berikut Joseph senaraikan taktik cara scammer ni menipu. Beware kalau korang dapat call dari orang yang macam ni.
- Buat satu isu itu nampak simple pada awalnya supaya dapat jerat mangsa.
- Dorang dah prepare semua details yang diperlukan untuk yakinkan anda bahawa kes ini ‘sah’ atau betul.
- Tanya banyak soalan supaya korang tak boleh syak apa-apa
- Dapatkan kepercayaan mangsa dengan tak tanya soalan yang mencurigakan
- Ganggu emosi mangsa
- Masukkan unsur keluarga untuk buat korang rasa bersalah
- Dapatkan kepercayaan korang semula
- Buat satu-satu tu nampak urgent dan penting
- Jerat mangsa dan scam jika berjaya
Hati-hati gais dengan modus operandi yang dinyatakan kat atas. Semoga korang tak terjerat!
Baca: Konon Sakit Nak Bersalin, Wanita Ni Tertipu Dengan Scam Area KLCC