in

“Konon tengah call orang tapi..” – Wanita Trauma Diganggu Lelaki Tak Dikenali Dalam Bas

bas 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti ramai antara korang yang rasa lebih selesa dan selamat jika menggunakan kenderaan awam seperti bas, LRT dan sebagainya untuk pergi ke mana-mana tempat.

Pun begitu, satu insiden yang tidak dijangka telah berlaku kepada seorang wanita ini apabila dia diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika menaiki sebuah bas. Lelaki itu bukan sahaja memerhati malah berani mengambil gambar dan video wanita tersebut.


Cara pegang telefon agak pelik

Menerusi hantaran @myranne03 di Instagram, dia pada ketika itu sedang dalam perjalanan menaiki sebuah bas Rapid menuju ke salah satu pantai yang berada di Kuantan. Selang beberapa perhentian bas, seorang lelaki telah menaiki bas yang sama dan lelaki itu telah memerhatikannya.

Artikel berkaitan: Pernah Diekori Hingga UK, Wanita Dedah 8 Tahun Kena Gangguan Seksual Dengan Lelaki Sama

Artikel berkaitan: Tumpang Orang Tak Dikenali, Budak Lelaki Umur 13 Tahun Trauma Kena Gangguan Seksual Dengan Suspek 41 Tahun

Jadi, wanita tersebut bertindak memandang lelaki berkenaan semula dengan harapan lelaki itu menyedari tindakannya sudah diketahui. Kemudian, wanita itu melihat lelaki tersebut memegang telefon seolah-olah sedang menelefon orang lain rupa-rupanya dia sedang merakam wanita itu.

Saya perasan dia pegang telefon dalam keadaan yang agak pelik (kamera telefon menghadap ke arah saya). Lepas tu, saya nampak screen telefon tu dalam mode video. Kononnya dia tengah telefon orang lain padahal tengah cuba untuk merakam saya.

Hantar gambar kaki wanita tu dekat WhatsApp

Sebelum itu juga, lelaki berkenaan selamba menghantar gambar kakinya kepada seseorang melalui WhatsApp walaupun tindakan jijiknya itu telah pun diketahui.

Secara terang-terangan saya nampak dia menghantar gambar kaki saya kepada seseorang di WhatsApp. Pada ketika tu, saya tertanya-tanya perlu berkata apa-apa atau tidak kerana dia seorang lelaki dewasa.

Dalam masa yang sama, dia juga telah merakam perbuatan lelaki tersebut sehingga lelaki itu berhenti merakamnya. Dia berasa amat takut jika berlaku perkara yang tidak diingini, jadi dia meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan kenderaan awam.

Menjengah di ruangan komen, wanita itu memberitahu dia sudah melaporkan kejadian itu kepada pihak RapidKL.

bas 1

Scary betul jadi macam ni..

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.