in

Konfiden Nak ‘Drive’ Walaupun Mabuk? Hukuman Bersihkan Rumah Mayat Menanti Pemandu Di Bandar Ini

rumah mayat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Don’t drink and drive.

Kata-kata nasihat ni mungkin dah lali didengari namun begitu, masih ada lagi individu yang bertindak mementingkan diri dengan memandu meskipun berada di bawah pengaruh alkohol. Sudahlah bahayakan diri sendiri, nyawa orang lain jugak terancam sebab tindakan pemandu mabuk ni.


drunk driver 810x374 1 e1642824009836
Gambar hiasan

Pada bulan lalu, Kaohsiung City, Taiwan, digemparkan dengan kes kemalangan kenderaan membabitkan pemandu mabuk yang telah merempuh kenderaan lain sehingga meragut nyawa orang awam. Disebabkan insiden terbabit, Datuk Bandar Chen Qimai mengumumkan mana-mana individu yang dituduh memandu dalam keadaan mabuk akan dihukum melakukan khidmat awam di beberapa rumah mayat tempatan.

rumah mayat e1642824172586

Beberapa hari lalu, servis khidmat awam pertama yang membabitkan 11 orang individu dituduh memandu dibawah pengaruh alkohol telah dijalankan. Difahamkan, kumpulan pertama ini telah dibawa ke Kaohsiung City Funeral Management Office bagi menjalani hukuman mereka, lapor Oddity Central.

Untuk pengetahuan, kumpulan ini menghabiskan masa empat jam membersihkan rumah mayat terbabit termasuklah unit penyimpanan mayat dan tempat pembakaran mayat.

891 1642755633 1642755647 3195 1642756833 e1642823963459

“Saya ditugaskan membersihkan lantai di unit penyimpanan mayat dan saya rasa sangat takut memikirkan mungkin ada mayat manusia tersimpan di dalam. Saya tak pernah rasa begini dekat dengan kematian,” kata salah seorang ahli kumpulan terbabit.

Walaupun hukuman terbabit mungkin dianggap biasa saja bagi sesetengah orang, respon yang diterima daripada 11 orang ahli kumpulan pertama ini menunjukkan rata-rata mereka sangat terkesan dengan hukuman terbabit dan tidak mahu lagi berada di situ.

Pihak berkuasa tempatan dalam pada itu berharap, hukuman terbabit diharapkan mampu memberi peringatan kepada orang awam di bandar terbabit supaya berfikir dahulu sebelum mahu meminum minuman keras kerana berisiko mengakibatkan kemalangan sekiranya memandu.

Sumber: Oddity Central

Baca: “Tak tau nak kata apa dah” – [Video] Lagi Kes Pemandu Mabuk, Kali Ini Habis Langgar 3 Kereta Di Bahu Jalan

ampang mabok e1642823120197

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.