in

Komen Nak Jersi MU Di IG Istana Negara, Lelaki Tak Sangka Dapat Hadiah Dari Permaisuri Agong

Dapat Hadiah Jersi Dari Permaisuri Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sikap merendah diri dan saling bergaul rapat dengan rakyat membuatkan ramai di antara kita kagum dengan figura besar negara ini iaitu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Terbaru kali ini, seorang TikToker bernama Hisham Raus telah berkongsi suatu kejadian yang tak disangka-sangka berlaku kepadanya melibatkan Raja Permaisuri Agong.


Saja-saja komen nak jersi, tak sangka Permaisuri betul-betul beli! 

Menerusi perkongsian di TikTok, Hisham mendedahkan yang dia ada meninggalkan komen di posting Istana Negara pada dua bulan lepas yang memaparkan Yang di-Pertuan Agong dan Permasuri Agong berangkat ke London untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 September lalu.

https://www.instagram.com/p/CijdLQXBkLN/

Komen yang ditinggalkan Hisham seperti berikut,

Nak kirim beli jersi Manchester United warna putih.” 

Namun tidak pula dia sangka Permaisuri Agong menerusi IG peribadinya membalas,

Size apa?” 

@

♬ –

Menerusi video di atas juga dapat dilihat Hisham ‘unboxing’ hadiah pemberian baginda yang mana dia diberi sehelai t-shirt Manchester United berwarna merah yang diletakkan di dalam kotak khas bersama ucapan ringkas daripada Permaisuri Agong.

“Jersey MU paling berharga dalam Malaysia” 

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan berasa teruja dengan hadiah pemberian baginda kepada Hisham dan mengatakan ia merupakan satu kenangan yang tak ternilai dimilikinya serta boleh diceritakan kepada anak cucu di masa depan.

Jersi

Uish bertuah betul abang ni ye! Satu dalam sejuta yang dapat hadiah daripada Permaisuri Agong. 

Baca: “Jangan salah guna” – DYMM Permaisuri Johor Bakal Ambil Tindakan Lelaki Tunjuk Kurniaan Istana Di TikTok

Zarith

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.