in

Komen Harith Iskander Isu ‘Karen’ Buat Hal Dekat Dior Buat Netizen Panas?

Collage 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila rakaman seorang wanita berbangsa Inggeris mengamuk dihalang memasuki butik Dior di KLCC kerana enggan memakai pelitup muka tular.

Rata-rata netizen mempersoalkan bagaimana individu yang tak memakai pelitup muka boleh terlepas masuk ke dalam mall dan mula meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.


Menerusi Instagram peribadi, Harith Iskander juga turut memberikan komennya mengenai isu ini. Mengecam tindakan wanita tersebut, pelawak ini turut memuji tindakan tegas pekerja butik berjenama itu menghalang “Karen” dari memasuki premis.

Tahniah kepada pekerja kerana tegas kepada orang yang tak menghormati SOP di negara ini.

Orang Malaysia biasanya memang tenang tapi kami takkan biarkan orang bergerak bebas kalau tak ikut undang-undang atau SOP.

https://www.instagram.com/p/CViBbxZDZfh/

Kenyataan Harith ini turut disokong oleh pengacara dan pelakon, Sarimah Ibrahim yang mendakwa segelintir orang dari segelintir negara selalu merasakan yang mereka boleh buat sesuka hati mereka di mana-mana saja.

Maaf cakap tapi memang tipikal bagi segelintir orang dari segelintir negara untuk fikir yang mereka boleh ‘takluk’ sesiapa saja dan di mana-mana saja. Perbuatan yang keji!

Kat Twitter cakap lain?

Pun begitu, petang semalam Harith Iskander telah meluahkan pendapatnya sekali lagi mengenai isu ini di Twitter. Kali ini, dia meminta agar orang berhenti mengecam wanita Inggeris tersebut kerana dia kelihatan ‘tak sihat’.

Kita perlu berhenti burukkan wanita yang buat kekecohan di butik Dior. Dia kelihatan ‘tak sihat’ dan jelas sedang mengalami masalah. Saya percaya yang dia ada anak-anak dan saya harap mereka selamat dan dilindungi. Move on. #JustMyOpinion”

Kenyataan terbaru dari pelawak ini jelas menimbulkan rasa kurang senang dari netizen yang rata-ratanya marah bila perbuatan melanggar SOP ini diambil ringan lebih-lebih lagi dari warga asing.

Screenshot 2021 10 29 At 12.39.51 Pm Down Screenshot 2021 10 29 At 12.41.12 Pm Down

Mungkin rakyat Malaysia dah penat dengan kes Covid di Malaysia. Sekarang bila dah dapat kelonggaran, mestilah kita nak semua orang ikut SOP supaya kes tak meningkat dan kita pun rasa lebih selamat.

 

Baca: “Tengok muka pun tau Karen” – Minah Saleh Naik Angin, Dihalang Masuk Butik Dior KLCC Sebab Tak Pakai Mask

Screenshot 2021 10 29 At 12.58.33 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.