in

Koma Sepanjang Pandemik: Remaja Tak Tahu Covid-19 Wujud Walaupun Dah Dua Kali Dijangkiti Masa Terlantar

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pandemik yang dah melanda dunia sejak setahun lebih ni buat ramai yang dah semakin terbiasa dengan norma baharu. Tapi remaja dari England ni, tak tahu langsung pasal Covid-19 sebab dia baru je bangun dari koma selama 10 bulan!


Pada 1 Mac tahun lalu, bila dunia sedang panik dengan virus Covid-19, Joseph Flavill telah dilanggar oleh sebuah kereta dan menyebabkan dia mengalami trauma pada otak dan koma.

Selepas 10 bulan berada dalam koma, remaja berusia 19 tahun ini akhirnya bangun tanpa menyedari yang kita sekarang tengah pandemik. Malah, sepanjang dia koma, Joseph telah dijangkiti virus ini selama dua kali tau!

Joseph Flavill Surfing

Walaupun keluarga Joseph gembira dengan perkembangan terbaru anak mereka ini, kemalangan tersebut telah memberi kesan kepada remaja ini kerana dia masih lagi rasa sakit dan sering dapat sawan.

Joseph masih lagi tak boleh nak bercakap tapi masih boleh kenal keluarga dan kawan-kawannya dan boleh menjawab “ya” dan “tak” dengan kelip mata atau senyum.

Namun apa yang menyedihkan, bila Joseph bangun dia mesti terfikir kenapa keluarga dia tak ada pun yang datang melawat malah dia hanya bercakap dengan keluarga dan kawan-kawan melalui video call je.

Slack Imgs.com

Memandangkan Joseph kemalangan tiga minggu sebelum Britain mengumumkan lockdown pertama mereka, remaja ini mungkin tak tahu tentang penjarakan sosial.

Keluarga remaja ini juga tak tahu macam mana nak jelaskan pasal Covid-19 dan kenapa dorang tak boleh nak datang ke hospital.

Tak tahu mana nak mula, kalau setahun lalu orang cakap dekat saya tentang pandemik ni, saya mungkin takkan percaya. Saya tak tahu macam mana dia akan faham apa yang kita lalui sepanjang dia koma.”

Pun begitu, ada kemungkinan pekerja di hospital telah beritahu sedikit sebanyak mengenai kenapa keluarga Joseph tak boleh datang ke hospital. Tapi disebabkan Joseph masih tak boleh nak bercakap, agak sukar untuk buat dia faham keadaan ini.

Joseph Flavill Hiking

Sumber: ati

 

Baca: Pelajar Malaysia di Manchester Dilanggar Bas Ketika Berbasikal, Kini Koma & Kritikal

Screenshot 2021 03 01 At 10.52.54 Am

Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.