Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang tular baru-baru ini dengan video 24 Hours On Tree I Challenge mendapat perhatian ramai pihak termasuk Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin. Sebelum ini Datuk Zahidi berkata, Veveonah tidak menduduki peperiksaan pada hari yang dinyatakan dan videonya hanyalah untuk memenuhi content Youtubenya. Betul ke ni
Kita dah semak dah. Dia hanya Youtuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan”
Namun berikutan isu yang tersebar sebelum ini, Datuk Zahidi telah memohon maaf kerana menerima info yang tidak tempat berkaitan pelajar ni.
Malah dalam perkembangan terbaru, dilaporkan yang beliau sendiri akan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan bertemu dengan pensyarah, kakitangan dan juga Veveonah untuk mendapatkan maklumat sebenar, lapor Awani.
Pada Khamis lalu Datuk Zahidi juga telah memohon maaf mengenai isu ini kerana tidak dapat menjawab soalan tambahan yang diusulkan di dewan negara mengenai pelajar yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapat capaian internet.
Harap-harap selesai dengan baiklah isu ni. Berikut antara reaksi netizen mengenai isu Veveonah.