Kerja sebagai penghantar makanan ni walaupun kedengarannya mudah, tapi ia tidaklah senang seperti yang disangka.
Bukan sahaja perlu tau setiap lokasi makanan yang dihantar dan kena pandai cilok bila bawa motor malah yang paling penting bila berhadapan dengan customer pun satu cabaran juga.
Macam yang dilalui seorang pengguna twitter @nasheerahhh bila kena hantar makanan kat family yang pemalu ni, malah tuan rumah siap tinggalkan nota depan pintu lagi.
“Do not call when you are here. Pls just leave the food at the door (knock 3 times & shout Ah hooo). We will…”
https://twitter.com/sheerahbieberr/status/1166315491574476800
Sampai sahaja di rumah tersebut, riders GrabFood ni mendapati sekeping nota yang ditinggalkan tuan rumah dan ada arahan yang perlu diikutinya.
Dear delivery man,
Do not call when you are here. Pls just leave the food at the door (knock 3 times & shout Ah hooo). We will collect it ourselves. We are very shy family. Thanks!
So atas dasar tanggungjawab, dia pun mengikut arahan yang telah ditetapkan family yang pemalu tersebut dengan meletakkan makanan yang dipesan didepann pintu rumah.
Tapi rata-rata netizen yang melihat posting tersebut terhibur dengan ‘situasi’ yang dilalui mamat tersebut.
Wehh macam-macam eh kerenah pelanggan ni…Nasib baik rider tu sporting! hahaha