Rata-rata ramai netizen merungut berkenaan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mereka kata perkara ini sedikit sebanyak telah menganggu aktiviti harian mereka…tapi ramai je yang sokong lanjut PKP ni
Tapi tahukan korang, pada tahun 1948 ketika darurat berlaku di Malaysia bagaimana reaksi masyarakat waktu tu?
Ini perkongsian Ashraf di twitternya mengenai kisah bapa ketika berhadapan darurat tahun 1948.

Menurutnya bapanya ketika itu tinggal di Kampung Jambu Lapan, Bahau, Negeri Sembilan dan untungnya kawasan tersebut bukan dalam kawasan hitam jadi mereka masih bebas melakukan aktiviti.
Bagaimanapun masih ada curfew iaitu dari pukul 7 malam sehingga 7 pagi.
Bahkan mereka masih boleh ke masjid untuk menunaikan solat dan berkumpul untuk berbincang tentang isu mereka hadapi.
Pembelian Barang Keperluan
Katanya pembelian barang ketika itu tidak sama macam kita, setiap barang harus disukat oleh pegawai polis.
Barang dan makanan tak boleh beli lebih macam kau borong Gardenia tadi. Kalau ahli keluarga kau 5 orang, sukatan kati beras mesti untuk 5 orang je seminggu. Kalau lebih, barang atau makanan akan dirampas, dan kau akan ditahan.” – Asyraf

Ketika zaman itu Askar Fiji British sering buat rondaan malah mereka akan campak gula-gula dekat budak kerana gula-gula merupakan barang yang sukar didapati.
Kawasan Hitam
Mesti korang tertanya-tanya macam mana dengan kawasan hitam kan?
Ashraf berkata penduduk di kawasan yang disenarai hitam, sistem pengawalan mereka lagi ketat.
Penduduk di situ akan di pindahkan ke satu kawasan yang dinamakan ‘Kawasan Kurungan’ seperti di Jemapoh sekitar Kuala Pilah, Bahau.

Katanya ada kawasan yang dipagar (basically kawasan memasak) sebelum makanan diedarkan kepada penduduk kampung.
Malah bahan mentah juga tidak dibenarkan di bawa pulang oleh mereka yang memasak.
Menurut bapa Asyraf zaman Covid-19 ini paling menyusahkan kerana dahulu musuh boleh nampak dengan mata kasar tetapi musuh kali ini merebak tanpa di kesan.
Sama-sama kita doakan Malaysia makin pulih.
Baca: [TERKINI] Tiada Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Tempoh PKP

