in

“Klasik dan epik!” – Raja Bersiong: 7 Fakta Menarik Filem Pertama Buah Tangan Tunku Abdul Rahman, Keluar Bajet Sampai RM750,000

Raja Bersiong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah dengar cerita dongeng dahulukala Raja Bersiong? Rasanya ramai yang tahu pasal kisah ini, tapi tak ramai kan yang dah tengok filemnya. Filem ni dulu first ditayangkan pada 1963 semasa dunia perfileman Malaysia masih lagi hitam putih.


Vc Rajab
sumber: blog

Namun pada 1968, atas inisiatif Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, filem ini diterbitkan semula dalam bentuk warna dengan jalan cerita yang sedikit berbeza.

Raja E1565318607595
sumber: rice media

Menerusi perkongsian di Facebook Repair Gambar Lama, filem yang idea asal dan skripnya ditulis oleh Tunku sendiri ini telah mengeluarkan kos sebanyak RM750,000 bagi menzahirkan semangat dan kecintaannya terhadap sejarah negeri Kedah. Wahhh banyak kos tu kalau dibandingkan nilai wang masa dulu!

Berikut 7 fakta menarik mengenai filem ini yang ada patut tahu! 

 

1. Guna penari kebudayaan Diraja Thailand 

Raja Bersiong ini mengisahkan kisah seorang Raja yang zalim bernama Raja Ong Maha Perita Deria memerintah Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang.

Kalau ikut dari segi sejarah, Kedah Tua pada zaman itu masih mengamalkan elemen-elemen budaya serta agama dari Siam.

Dengan itu, buat julung-julung kalinya, penggambaran ini telah menggunakan khidmat pelakon luar iaitu penari kebudayaan Diraja Thailand dari Thai Fine Arts Department, Bangkok. Fuh bukan calang-calang! 

70281791 1402447603238461 5072552605041819648 N

70364005 1002095253470783 5505582550833168384 N
sumber: facebook

 

2. Askar Melayu pegang watak sebagai askar Siam 

Beratus-ratus Askar Melayu telah memegang watak sebagai askar-askar Siam yang berperang dengan orang-orang Kedah dipimpin oleh Brigadier Jen. Dato’ Syed Mohammad Al- Saggoff.

93083C1F2106Fb2Bc5E4Aa2547591135
sumber: blog

 

3. Filem ketiga berwarna lepas Hang Tuah dan Ribut 

Filem Raja Bersiong yang dibuat dalam bentuk filem warna Eastmancolor (filem ketiga selepas filem Hang Tuah, 1955 dan Ribut, 1956) diterbitkan oleh Malay Film Producations, milik Shaw Brothers di Singapura.

69538279 942480259420410 7948734225685938176 N

Image 3
sumber: utusan

 

4. Guna pakar dari Jepun untuk terbit filem 

Menggunakan khidmat 3 orang pakar teknik dari Jepun:

1. Pengarah bersama – Tokujiro Yamazaki
2. Jurukamera – Ryoichi Arano
3. Pakar Warna & Cahaya – Tokio Matsushita

70122322 1002075793472729 2211869799087079424 N
sumber: facebook

5. Skrip mengambil masa lama nak disiapkan kerana Tunku terlalu sibuk 

Skrip filem ini mengambil masa yang panjang iaitu kerana kesibukan Tunku sebagai Perdana Menteri. Manakala penggambaran mengambil masa selama 4 bulan.

Walaupun Jamil Sulong sebagai Pengarah Rasmi filem ini, namun Pengarah Yamazaki dari Jepun terlibat secara langsung, kecuali babak yang melibatkan adat orang Melayu diarahkan oleh Jamil Sulong.

70656705 1002098870137088 8002827285784690688 N
Tunku bersama pengarah | sumber: facebook
70306926 1002076093472699 8617367853789609984 N
Tunku sedang meneliti skrip | sumber: facebook
 

6. Penggambaran dibuat dalam studio, set Istana Raja Kalha dibina 

Penggambaran hari pertama dibuat di dalam studio Malay Film Production berupa sebuah set Istana Raja Kalha yang luas dan hebat. Sebuah kota juga dibina di Pasir Panjang, Singapura yang menggunakan khidmat anggota tentera Malaysia.

70981426 1002036746809967 2334697729084620800 N
sumber: facebook

7. Filem terakhir keluaran Shaw Brothers di Singapura 

Lebih menarik lagi, hampir kesemua pelakon dari Malay Film Productions mengambil bahagian di dalam filem ini.

Ia juga merupakan filem terakhir keluaran Shaw Brothers di Singapura. Walaupun Tunku melaburkan kos pengambaran yang tinggi, namun filem ini tidak mendapat sambutan dari penonton dan akhirnya gagal menyelamatkan studio tersebut dari ditutup buat selama-lamanya.

70398296 1002088170138158 4175954795904892928 N
sumber: facebook
Realiti yang sedih tapi itulah hakikatnya. Bagi admin, marilah kita beri lebih penghargaan kepada karyawan zaman Studio Jalan Ampas dan filem-filem yang dihasilkan mereka dulu. 

Baca: Throwback Pelakon Melayu Lama: Pandai Bersilat & Pegang Watak Prince Hamlet, Mak Enon Pelakon Bangsawan Yang Bukan Calang-calang!

Enon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.