in

KL & Putrajaya Catat Rekod Penduduk Paling Ramai Alami Kemurungan Di Malaysia!

kemurungan KL Putrajaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu.


Terbaru, terdapat data yang mengatakan penduduk Wilayah Persekutuan adalah yang paling ramai mengalami masalah kemurungan dan kebimbangan (anxiety) melampau disebabkan beberapa faktor.

Dalam laporan MalaysiaKini, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata data tersebut berdasarkan saringan yang dijalankan pada 2022.

cats 21

Difahamkan, antara faktor yang menyumbang kepada masalah itu adalah tekanan daripada ibu bapa dan masalah perhubungan dengan rakan sebaya.

“Golongan B40 juga ramai di Wilayah (Persekutuan) dan kita menemui ramai yang miskin bandar di Wilayah. Selain itu masalah perhubungan serta tekanan contohnya daripada ibu bapa … jadi stres anak-anak,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Dr Zaliha turut memberitahu pihaknya telah mengambil langkah untuk mengatasi isu kesihatan mental yang dialami oleh masyarakat terutama sekali, bagi kumpulan sasar yang termasuk kanak-kanak remaja, golongan muda dan warga emas.

arif riyanto rx31Ao60kcs unsplash
Gambar Hiasan

Beliau berkata kebanyakkan masalah mental yang dialami oleh golongan muda dipengaruhi faktor sosial seperti masalah kewangan, masalah perhubungan, buli, tingkah laku berisiko, penyalahgunaan substans, rasa rendah diri dan jangkaan yang tinggi terhadap diri sendiri.

Bagi menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan golongan muda, Dr Zaliha berkata KKM telah melaksanakan inisiatif seperti perkhidmatan kesihatan mental di 1,161 klinik kesihatan, 58 hospital, 34 pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI), serta empat institusi mental meliputi aspek promosi, pencegahan, pengesanan awal dan rehabilitasi.

Baca: Anak Buntu Ibu Hidup Macam Gelandangan, Alami Kemurungan Selepas Berpisah Dengan Suami

Hild

Sumber: MalaysiaKini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.