Untuk korang yang tak tahu, kelmarin dan semalam, ramai orang cuba untuk rentas negeri pulang ke kampung tanpa kebenaran dari pihak polis. Kerana kali ini pihak polis lebih tegas, sebanyak 1,248 kenderaan telah diarah untuk patah balik semalam.
Disebabkan cubaan curi-curi balik kampung ini, KKM telah memberikan nasihat kepada orang ramai untuk tak membuat aktiviti rentas negeri di Facebook rasmi mereka.
Kepada mereka yang merancang untuk ‘curi-curi’ melakukan perjalanan merentas negeri untuk balik kampung, ini pesanan tulus ikhlas daripada KKM (rujuk infografik).”
Infografik yang dikongsikan oleh KKM ini menunjukkan data yang agak membimbangkan di mana sehingga 17 Mei, sebanyak 971 kes di Malaysia ada sejarah membuat perjalanan merentas negeri dan 18 dari 24 kluster di Malaysia berkaitan dengan aktiviti rentas negeri.
Tambah KKM lagi, keputusan untuk tak membenarkan aktiviti rentas negeri ini bukanlah untuk membebankan rakyat tapi ia dibuat bagi menjaga kesihatan dan keselamatan semua orang.
Kita sedang berhadapan musuh senyap dan tidak kelihatan. Ini adalah realiti kehidupan yang kita perlu tempuhi sekarang. Tiada pilihan lain.”
So, please duduk di rumah, jangan sampai kes naik balik.
Baca: “Bukan tak bagi balik kampung dan ziarah semasa Hari Raya tapi mampukah patuh SOP” – Ismail Sabri