Isu mengenai stoking yang tertera kalimah Allah beberapa hari lalu masih belum berakhir. Ramai orang merasakan ia telah menyentuh sensitiviti agama sehingga ada yang bertindak mahu memboikot KK Super Mart disebabkan kontroversi itu.
Terbaharu, Majlis Perbandaran Segamat (MPS) mendapati salah sebuah cawangan KK Mart yang terletak di Johor diarahkan tutup tetapi bukan kerana isu stoking.

MPS lakukan pemeriksaan penjualan stoking
Menerusi hantaran Facebook oleh MPS, pihak mereka telah diwakili oleh Jabatan Kesihatan Awam, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Segamat dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membuat satu operasi pemeriksaan di premis KK Mart yang terletak di Jementah, Segamat.
Artikel berkaitan: Selepas Diserbu, Kilang Edar Stoking Tulisan Kalimah Allah Tutup Operasi
Artikel berkaitan: Isu Stoking Kalimah Allah: Polis Serbu Kilang Di Batu Pahat, Rampas 5 Pasang Stoking
Hasil pemeriksaan awal, premis tersebut beroperasi dengan lesen perniagaan yang sah tempoh dan mujur tiada penjualan atau penyimpanan stoking tertulis kalimah Allah. Pun begitu, ada isu lain yang terjadi sehingga premis itu diarahkan tutup serta-merta.

Jumpa minuman keras & biasa tidak diasingkan
Pihak berkuasa telah menemukan minuman keras tanpa lesen sah daripada MPS telah disorokkan dalam premis berkenaan dan mereka telah menyita sebanyak 196 botol minuman keras tersebut.
Lebih mengejutkan, premis berkenaan tidak membuat pengasingan minuman keras dan minuman biasa menyebabkan ia diberi arahan untuk menutup operasi serta merta oleh Tuan Yang Dipertua selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017.
Pihak MPS bagaimanapun terus komited menjalankan operasi dan pemantauan bagi mengelakkan perkara sensitif itu terjadi lagi. Amaran dan tindakan tegas juga akan diberikan kepada mana-mana pihak atau individu yang mempersenda atau mempermainkan kalimah Allah dan agama Islam.
Bahaya ni takut pengguna tak perasan tu alkohol…
Sumber: Facebook