Malam tadi, ibu kepada pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof berkongsi dua gambar di Instastory memaparkan anaknya kembali bertemu keluarga setelah sekian lama tidak pulang ke rumah.
Menerusi hantaran itu, dapat dilihat Syamsul yang memakai jaket hitam dan seluar sukan memeluk erat kedua-dua ibu bapanya.
Ibu pengarah tersebut, Datin Patimah Ismail juga memuat naik lagu latar belakang ‘Syukran Lillah’ dari Sabyan tanda mengucap rasa syukurnya atas kepulangan anak.
Di samping itu, dalam satu perkongsian lain, Patimah juga memuat naik foto mereka sekeluarga bergambar dengan bekas isteri Syamsul, Puteri Sarah Liyana dan cucunya, Sumayyah yang didukung Syamsul.
Artikel berkaitan: Syamsul & Ira Kazar Sah Cerai Talak 1, Wujud Perlanggaran Taklik Sebanyak 5 Kali
Artikel berkaitan: Perceraian Syamsul Yusof & Ira Kazar Tiada Kaitan Dengan Taklik – Peguam
“Baru nampak ceria muka Sol”
Perkongsian itu telah mendapat pelbagai respon netizen yang terharu melihat keluarga tersebut kembali bersatu.
Malah tak cukup dengan itu, ada yang mengatakan wajah Syamsul mula kelihatan ceria dan siap ada yang mendoakan agar hubungan pengarah itu dengan bekas isterinya, Puteri Sarah kembali bertaut.
Apa-apapun, kita doa yang baik-baik sajalah buat Syamsul dan keluarganya. Datuk Yusof Haslam pun nampak happy je, kan?