Selepas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri membuat pengumuman rentas negeri dibenarkan untuk yang telah lengkap dua dos vaksin semalam, kecoh di media sosial tentang keterujaan netizen kerana mereka boleh pulang ke kampung setelah sekian lama berada dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rata- rata mengatakan kebenaran ini sebagai peluang untuk pulang beraya bersama keluarga malah ada yang memuat naik status di Twitter untuk meminta stesen radio memainkan lagu-lagu raya.
Beberapa tweet juga dilihatkan netizen menggunakan meme untuk menyamakan perasaan mereka sebagai reaksi kepada pengumuman yang diumumkan. Tidak dapat dinafikan, keterujaan mereka sememangnya berbaloi setelah lama tidak merasakan suasana raya yang sebenar.
Perkongsian netizen tentang pengumuman itu juga menarik minat ramai pengguna sosial media dan ada di antara mereka meminta untuk yang lain menjaga keselamatan serta kekalkan SOP yang telah ditetapkan.
Pengumuman kebenaran rentas negeri telah diumumkan oleh Ismail Sabri pada 10 Oktober selepas kadar vaksinasi negara telah mencapai 90%. Kebenaran itu juga membolehkan rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara.
Baca: Kematian Covid-19 Cecah 27k, Majoriti Belum Terima Vaksin