Seorang pesakit Covid-19 tertua dari China telah sembuh selepas enam hari dapat rawatan di Hospital Wuhan!
Menurut Independent, pesakit berusia 103 tahun ini dilaporkan sebagai pesakit Covid-19 paling tua yang sembuh di China melawan pemegang rekod sebelum ini yang berusia 101 tahun.
Wanita warga emas ini dikatakan telah didiagnos dengan Covid-19 pada 1 Mac lepas dan berada dalam keadaan kritikal. Bagaimanapun, dalam masa tak sampai seminggu, dia telah sembuh dan dibenarkan pulang pada 10 Mac.
Dikatakan, nenek ini boleh sembuh dengan cepat kerana dia tak ada masalah kesihatan lain selain bronkitis kronik yang ringan.
Bila dia dimasukkan ke Hospital Liyuan Bersekutu di Kolej Perubatan Tongji, nenek ini sukar untuk berkomunikasi dengan pasukan medik. Semasa rawatan, jururawat telah mengambil giliran untuk suap wanita ini dan salin lampinnya.
Pihak hospital turut menjaga nenek ini sepanjang masa dan berikannya terapi nutrisi. Jururawat di sana turut berkata yang nenek ni suka kalau orang puji dia dan akan senyum dan angguk bila orang cakap dia cantik. Alahai comelnyaaa