in

“Kita nak kopek durian pun susah” – Netizan Sebak Lihat Lelaki OKU Kopek Durian Guna Satu Tangan

Durian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Subhanallah, saya yang ada dua tangan ini pun seksa nak kopek durian, tapi senang sahaja tengok abang ni buat,”

Itulah kata seorang pengguna di sebuah video tular di laman TikTok @muhammadhelmi75 baru-baru ini yang memaparkan usaha seorang lelaki juga merupakan orang kurang upaya (OKU) mengopek durian ketika meniaga di gerai miliknya.


@muhammadhelmi75 assalamualaikum selamat ptg durian dtg lagi 🤗 #durian ♬ original sound – NORLELA

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengakui berasa tersentuh hati melihat usaha serta ketekunan lelaki berkenaan ketika berniaga.

Ada yang berkata, usaha serta kecekalan pemuda tersebut mencari rezeki halal buat keluarga pasti akan dibalas oleh Allah SWT dengan rezeki yang berlipat kali ganda.

Difahamkan, gerai menjual durian tersebut terletak di Tanjung Malim, Perak.

Namun, ada juga netizen yang menyuarakan kerisauan masing-masing tentang cara lelaki tersebut mengopek durian.

“Tak sakit ke bang kepit durian tu kat celah kaki?” Kata @Ctmai Nursery.

Menjawab komen tersebut, @muhammadhelmi75 berkata mereka sudah biasa mengopek durian. Malah, tindakan mengepit buah tersebut menggunakan kaki juga tidak mendatangkan sebarang kesakitan.

“Lebih sakit kalau tidak bekerja,” jawabnya.

Artikel berkaitan: ‘Saya sedih semua orang benci saya’ – Hampir 7 Tahun Tak Berjumpa, Lelaki OKU Luah Rindu Keluarga

Artikel berkaitan: Polis Terima Laporan Dakwa Pengawal Peribadi Orang Kenamaan Belasah Pemandu E-hailing OKU

Durian
Tangkap layar seorang lelaki mengopek durian dalam sebuah video tular di laman tiktok baru-baru ini.

Dalam pada itu, netizen juga tidak melepaskan peluang untuk mendoakan agar bisnes lelaki tersebut maju jaya.

“Saya pernah beli durian di sini, memang puas hati. Abang ni pun friendly. Semoga murah rezeki selalu ya bang,” kata @celorenglusuh4342.

“Semoga dimurahkan rezeki saudara penjual durian,” kata @nonene.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 51,300 likes dan 1,774 komen.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.