in

“Kita kongsi rezeki bersama” – Giliran Zul Yahya Pula Buka Pasaraya, Tawar Peluang Pekerjaan Pada Orang Ramai

Cc 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal dengan pelakon hebat Zul Yahya yang pernah popular dengan lakonan adiwira Pepaya pada tahun 2008. Kini, dia tidak lagi aktif dalam dunia lakonan dan meletakkan fokus kepada bidang perniagaan.

Selepas berjaya membuka restoran Zul Yahya Steamboat & BBQ, kini dia mengembangkan lagi perusahaannya dengan membuka pasaraya yang diberi nama Zul Yahya Mart. Cayalah!


Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri di laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/CHHvaqngqNf/?utm_source=ig_web_copy_link

“MasyaAllah, kami belum baik baru belajar korbankan sikit2 utk perkara baik,”

“Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa korbankan diri, masa dan harta utk kehidupan agama. Berniaga perlukan usaha ,tawakal dan doa yg tak putus2. insyaAllah.”

C1 2

 

Buka peluang pekerjaan pada orang ramai

Menerusi posting yang sama, pelakon berusia 47 tahun itu juga mahu berkongsi rezeki serta menguar-uarkan peluang pekerjaan yang ditawarkan di pasaraya yang bakal dibuka di Ipoh, Perak itu.

Selain itu, Zul Yahya memberitahu dia turut mencari pembekal produk Industri Kecil Sederhana (IKS), produk Muslim, barangan runcit, barangan basah, produk viral dan produk bersesuaian yang boleh dijual dalam Zul Yahya Mart.

 

Semoga Zul Yahya dipermudahkan segala urusan untuk buka pasaraya ini. Orang Ipoh nanti jangan lupa serbu dan sokong pasaraya abang Zul kita ni. Min pun nak pergi lah nanti.

Baca: “Ini sebenarnya niat awal saya” – Ustaz Ebit Perkenalkan ‘Food Bank’ Di Semua Cawangan Elewsmart

C3 3

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.