Masalah cop parkir di kawasan perumahan flat bukanlah satu isu baharu. Pasti ada sahaja rungutan dan luahan warganet mengenai isu ini yang dikongsikan di laman sosial.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok meluahkan rasa tidak puas hati mengenai seorang penduduk di sebuah flat yang meletakkan kon di ruang parkir kosong.
Individu itu mendakwa perbuatan meletakkan kon tersebut untuk menandakan ruang parkir itu adalah kepunyaannya dan ia adalah satu perkara normal di kawasan rumah flat.
Artikel berkaitan: “Duduk flat selera kondo” – Bengang ‘Parking’ Kena ‘Cop’, Individu ‘Sound’ Wanita Ini
Artikel berkaitan: Terkejut Rumah Flat ‘Extend’ Sampai 3 Tingkat, Netizen Tanya Mana Pihak Berkuasa
“Kalau kita buat tempat orang, sama saja, sebab kita bayar berpuluh-puluh ribu. Normallah rumah flat,” jerit lelaki itu.
Menurut pengguna TikTok itu, dia terpaksa parkir berlapis atau double park disebabkan ada penduduk yang sesuka hati cop parkir sehingga menyusahkan penghuni lain.
Katanya lagi, isu cop parkir ini sudah berlarutan sejak sekian lama dan menjadi ikutan dari generasi ke generasi.
@queensyilala Di dunia ini tenang aja. Kalau tanya kenapa TAKDE OTAK parking double? Ini jawapannya…. Sbb ada manusia kurang otak sikit kete takde parking kosong tp letak kon 😂 btw, no fon ada ye, tak tarik handbrake, batu ada selit jat tayar. Tp tetap salah KITA YANG SALAH! Tenang…………… biasalah teringin ada parking sendiri macam kondo.
Difahamkan, masalah cop parkir ini sudah pernah dilaporkan kepada pihak atasan namun ia tetap berlaku lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam perbuatan cop parkir itu. Ramai juga meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan kepada mereka yang masih berdegil melakukan kesalahan sama.
Menurut sumber, budaya cop parkir merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.
Sumber: TikTok