Masih ingat lagi dulu-dulu masa pemerintahan Tun M sebagai Perdana Menteri ke-4, kita rakyat Malaysia bersemangat dengan slogan ‘Malaysia Boleh’. Mana-mana pun orang kenal Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat dan capai macam-macam kejayaan di peringkat antarabangsa.
Admin yakin ramai yang rindukan zaman tu dan kemunculan Tun M sebagai Perdana Menteri ke-7 bakal beri harapan baru buat kita semua! Menurut The Star, Tun M yang menghadiri majlis bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya berjanji beliau akan kembalikan kegemilangan tu semula! Yeay!
“Saya kecewa kerana sebuah pentadbiran yang dahulu dikenali sebagai terbaik dalam Komanwel (kerana mampu) menjalankan tugas dengan baik dan melaksanakan segala program dengan berjaya, hari ini tidak lagi dihormati dan dipandang tinggi.
“(Maka) menjadi tugas kita semua untuk memulihkan keadaan ini supaya kembali menjadi sebuah negara yang ditadbir dengan baik dan berjaya,” kata Tun M pagi ini yang jugak pertama kali hadir ke Perdana Putra untuk bertugas.
Seperti dikatakan Tun M sebelum ni, beliau dalam ucapannya tak lagi menyambut hadirin yang datang dengan slogan “Salam 1Malaysia” yang jadi kelaziman pentadbiran BN.
Malah pada masa yang sama, Tun M jugak berikrar untuk bangkitkan isu pentingnya bersihkan salah laku pentadbiran mengikut undang-undang. Baginya, yang salah tetap salah.
“Sebarang perbuatan yang salah mesti diuruskan mengikut undang-undang,” tegurnya.
Tun M yang berkongsi fotonya di Facebook telah meluahkan rasa syukur kerana tak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan pegawai yang ada. Malah beliau jugak mohon para pentadbir untuk kembalikan nama baik negara yang amat dihormati pada suatu masa dulu.
“Saya bersyukur sehingga kini saya tidak hadapi masalah dengan kerjasama daripada pegawai-pegawai sedia ada.
“Saya juga menekankan bahawa para pentadbir perlu kembalikan nama baik negara yang begitu dihormati sebelum ini. Kerjasama semua anggota pentadbir sangat diharapkan untuk memulihkan negara,” tulis Tun M.
Posting di Facebook Tun M telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata akui hampir menitiskan air mata dan bagai tak percaya dengan kembalinya PM ni untuk selamatkan Malaysia daripada musibah yang mendatang.
Tersentuh hati admin baca!
Kami doakan semoga Malaysia yang berada di bawah kepimpinan Tun kini terus berjaya dan dihormati negara luar seperti dulu. Sama-sama kita bantu PM untuk naikkan semula Malaysia di mata dunia! #ILoveMyPM
Baca: “Dia kata ada banyak kerja untuk bina kerajaan baru, dia minta rakyat faham”