Sikap tanggungjawab dan melindungi orang yang lebih lemah daripada kita bukan sahaja ada dalam diri manusia, namun haiwan juga nampaknya mempunyai sifat-sifat yang serupa.
Ini dibuktikan menerusi satu kisah sedih mengenai haiwan prasejarah, dinosaur dari spesis ‘Psittacosaurus’ yang ditemui fosilnya di China.
“Gambar fosil paling menarik, juga paling menyedihkan”
Menerusi perkongsian page Facebook Ajar, tular baru-baru ini gambar 24 fosil anak-anak dinosaur yang ditemui tersembunyi di sebalik formasi batuan di China yang mana salah satu dari rangka yang ditemui merupakan seekor dinosaur yang lebih tua.
Dinosaur yang berasal dari spesis Psittacosaurus ini bagi yang tak tahu adalah dinosaur pemakan tumbuhan dan antara jenis dinosaur yang paling banyak ditemui.
Apa yang menariknya mengenai penemuan tersebut ialah dinosaur yang lebih besar itu rupanya belum matang secara seksual yang mana menandakan ia bukanlah ibu atau bapa kepada anak-anak dinosaur tersebut.
Ia dipercayai penjaga iaitu sama ada abang atau kakak kepada adik-adik dinosaurnya.
Maut tertimbus ketika menjaga adik-adik
Hasil kajian para saintis mendapati kemungkinan besar si abang sedang melaksanakan tugas menjaga adik-adiknya sebelum kawasan yang mereka duduki itu tertimbus akibat muntahan debu gunung berapi.
Yang lebih menyedihkan, si abang bersama dengan adik-adiknya hingga ke saat akhir dan tertimbus bersama-sama dalam bencana tersebut.
Paleontologis yang mengkaji fosil ini juga mendapati tengkorak dinosaur yang lebih besar kelihatan bercantum dengan dua lagi tengkorak dinosaur yang lebih kecil, yang mana ini menandakan haiwan-haiwan tersebut memang rapat antara satu sama lain sebelum meninggal.
Kisah ini ternyata memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa haiwan yang sudah pupus seperti dinosaur itupun mempunyai sifat tanggungjawab dalam menjaga keluarga mereka.
Aih sedih pulak kisah ni. Haiwan pun ada rasa tanggungjawab, takkan kita manusia boleh abaikan tanggungjawab jaga isteri, anak dan ahli keluarga lain kan?